Coat of arms of Mexico Escudo Nacional de México | |
---|---|
Versi | |
Butiran | |
Jenis | Jata negara |
Pemegang/ pembawa | Negeri-Negeri Mexico Syarikat |
Diterima pakai | 16 September 1968 (versi terkini direka Francisco Eppens Helguera) |
Jabaran | Seekor helang emas bertenggek di atas nopal memakan ular orok-orok |
Penopang/ penyokong | Dedaun oak dan dafnah |
sunting · sunting di Wikidata |
Jata negara Mexico (Sepanyol: Escudo Nacional de México ) menggambarkan seekor helang emas (Aquila chrysaetos canadensis) yang bertenggek di atas sepohon kaktus buah duri sambil membaham seekor ular orok-orok.[1] Jata ini turut dipaparkan pada bendera negara tersebut.
Reka bentuk jata ini datang daripada pengisahan lagenda pengasasan Tenochtitlan (kini Bandar Raya Mexico) oleh orang Aztec setelah melihat haiwan-haiwan tersebut di atas sebuah tasik.[1] Perlambangan ini berkait kuat dengan kepercayaan agama kedua-dua masyarakat peribumi Aztec sendiri serta dalam kalangan pendatang Eropah beragama Kristian.
Perlambangan
Burung helang emas dikatakan sebagai perlambangan Huitzilopochtli iaitu dewa matahari orang Mexica, manakala ular melambangkan kebijaksanaan lagi-lagi dengan kaitannya kepada dewa langit Quetzalcoatl. Pokok kaktus spesies Opuntia ficus-indica melambangkan Tenochtitlan sebagai asas kota tersebut yang turut diberi nama nōchtli dalam bahasa Nahuatl. Penceritaan mengenai telah lama wujud dalam prasasti dan kodeks dicatat para penjajah zaman Hernán Cortés.
Pada tahun 1960, Rafael Martín del Campo iaitu seorang ahli ornitologi mengenal pasti burung yang diceritakan dalam kodeks-kodeks lama sebenarnya bukanlah tepatnya seekor helang, tapi lebih kepada burung caracara utara (spesies: Caracara cheriway) yang disalah sangka lalu digambarkan dalam lukisan terkandung dalam kodeks-kodeks lama ini.[2] Walau bagaimanapun, helang emas masih ditetapkan sebagai burung rasmi Mexico.[2]
Galeri
-
Ukiran batu miniatur kuil Aztek El Teocalli de la Guerra Sagrada memaparkan sang helang yang bertenggek dengan ularnya.
Rujukan
- ^ a b Minahan, James B. (2009). The Complete Guide to National Symbols and Emblems. ABC-CLIO. m/s. 718. ISBN 9780313344978.
- ^ a b González Block, Miguel A. (2004). "El Iztaccuahtli y el Águila Mexicana: ¿Cuauhtli o Águila Real?". Arqueología Mexicana (dalam bahasa Sepanyol). XII (70): 60–65. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Februari 2009. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)