Jangkitan Selepas Bersalin | |
---|---|
Nama lain | Demam nifas, demam beranak, sepsis ibu, jangkitan ibu, jangkitan nifas |
![]() | |
Streptococcus pyogenes (sfera bernoda merah) bertanggungjawab untuk banyak kes demam nifas yang teruk. (900x pembesaran) | |
Pengkhususan | Obstetrik |
Gejala | Demam, sakit di bahagian bawah perut, keputihan yang berbau busuk[1] |
Punca | Biasanya pelbagai jenis bakteria[1] |
Pembedahan Caesarean, ketuban pecah pramatang, bersalin berpanjangan, kekurangan zat makanan, kencing manis[1][2] | |
Rawatan | Antibiotik[1] |
Kekerapan | 11.8 Juta[3] |
Kematian | 17,900[4] |
sunting![]() |
Jangkitan selepas bersalin, juga dikenali sebagai demam anak dan demam nifas, adalah jangkitan kuman yang berlaku pada saluran pembiakan wanita selepas bersalin atau keguguran. [1] Tanda dan gejala yang kerap dilihat termasuklah demam yang melebihi 38.0 °C (100.4 °F), menggigil, sakit di bahagian bawah perut, dan mungkin keputihan pada faraj yang berbau busuk . [1] Ia biasanya berlaku selepas tempoh 24 jam pertama dan sehingga sepuluh hari selepas wanita bersalin. [5]
Jangkitan rahim yang paling kerap ialah sepsis nifas, yang juga dikenali sebagai metritis selepas bersalin atau endometritis selepas bersalin. [1] [6] Faktor yang mendorong kepada risiko jangkitan antara lain termasuk pembedahan Caesarean (C-section), kehadiran bakteria tertentu seperti streptokokus kumpulan B dalam faraj, ketuban pecah pramatang, pemeriksaan faraj berganda, pembuangan plasenta secara manual, dan kelahiran berpanjangan. [1] [2] Kebanyakan jangkitan selalunya ekoran daripada kewujudan beberapa jenis bakteria. [1] Diagnosis melalui kultur faraj atau darah jarang membantu dalam mengesan jangkitan. [1] Bagi mereka yang tidak bertambah baik selepas rawatan dimulakan, pengimejan perubatan mungkin diperlukan. [1] Penyebab lain demam selepas bersalin termasuk pembengkakan payudara, jangkitan saluran kencing, jangkitan pada hirisan perut atau episiotomi, dan atelektasis . [1] [2]
Disebabkan oleh risiko selepas pembedahan Caesarean, semua wanita adalah disarankan untuk mengambil dos pencegahan antibiotik seperti ampicillin sewaktu menjalani pembedahan. [1] Rawatan bagi jangkitan ini yang ditetapkan adalah dengan antibiotik, dengan kebanyakan pesakit mengalami perubahan baik dalam masa 2 hingga ke 3 hari selepas rawatan dimulakan. [1] Bagi mereka yang mempunyai jangkitan yang ringan, antibiotik oral boleh digunakan; sebagai contoh antibiotik intravena. [1] Antibiotik biasa seperti gabungan ampicillin dan gentamicin selepas wanita bersalin melalui faraj atau clindamycin dan gentamicin bagi mereka yang pernah menjalani pembedahan C. [1] Bagi mereka yang tidak bertambah baik dengan rawatan yang sesuai, komplikasi lain seperti abses harus dipertimbangkan. [1]
Pada tahun 2015, kira-kira 11.8 juta jangkitan pada ibu bersalin telah dilaporkan berlaku. [3] Di negara maju kira-kira satu hingga dua peratus mengalami jangkitan rahim selepas bersalin secara faraj. [1] Ini meningkat kepada lima hingga tiga belas peratus di kalangan mereka yang mengalami komplikasi semasa bersalin dan 50 peratus dengan C-section sebelum penggunaan antibiotik sebagai langkah pencegahan. [1] Pada tahun 2015, jangkitan ini mengakibatkan sehingga 17,900 kematian, yang merupakan penurunan daripada 34,000 kematian pada tahun 1990. [4] [7] Jangkitan ini bertanggungjawab terhadap kira-kira 10% kematian semasa bersalin. [2] Kes pertama yang direkodkan adalah pada abad ke 5 sebelum masihi oleh Hippocrates . [8] [9] Pada tahun 1847, doktor Hungary Ignaz Semmelweiss mengurangkan kadar kematian akibat penyakit itu di Klinik Obstetrik Pertama Vienna daripada hampir dua puluh peratus kepada dua peratus melalui amalan mencuci tangan dengan kalsium hipoklorit . [10] [11]
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s "37". Williams obstetrics (ed. 24th). McGraw-Hill Professional. 2014. m/s. Chapter 37. ISBN 978-0-07-179893-8.
- ^ a b c d WHO recommendations for prevention and treatment of maternal peripartum infections (PDF). World Health Organization. 2015. m/s. 1. ISBN 9789241549363. PMID 26598777. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-02-07. Diarkibkan 2016-02-07 di Wayback Machine
- ^ a b GBD 2015 Disease and Injury Incidence and Prevalence, Collaborators. (8 October 2016). "Global, regional, and national incidence, prevalence, and years lived with disability for 310 diseases and injuries, 1990-2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1545–1602. doi:10.1016/S0140-6736(16)31678-6. PMC 5055577. PMID 27733282.
- ^ a b GBD 2015 Mortality and Causes of Death, Collaborators. (8 October 2016). "Global, regional, and national life expectancy, all-cause mortality, and cause-specific mortality for 249 causes of death, 1980-2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1459–1544. doi:10.1016/s0140-6736(16)31012-1. PMC 5388903. PMID 27733281.
- ^ Hiralal Konar (2014). DC Dutta's Textbook of Obstetrics. JP Medical Ltd. m/s. 432. ISBN 978-93-5152-067-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-08.
- ^ "Cover of Hacker & Moore's Essentials of Obstetrics and Gynecology". Hacker & Moore's essentials of obstetrics and gynecology (ed. 6). Elsevier Canada. 2015. m/s. 276–290. ISBN 9781455775583.
- ^ GBD 2013 Mortality and Causes of Death, Collaborators (17 December 2014). "Global, regional, and national age-sex specific all-cause and cause-specific mortality for 240 causes of death, 1990–2013: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2013". Lancet. 385 (9963): 117–71. doi:10.1016/S0140-6736(14)61682-2. PMC 4340604. PMID 25530442.
- ^ Walvekar, Vandana (2005). Manual of perinatal infections. New Delhi: Jaypee Bros. m/s. 153. ISBN 978-81-8061-472-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04.
- ^ Magner, Lois N. (1992). A history of medicine. New York: Dekker. m/s. 257–258. ISBN 978-0-8247-8673-1.
- ^ Anderson, BL (April 2014). "Puerperal group A streptococcal infection: beyond Semmelweis". Obstetrics and Gynecology. 123 (4): 874–82. doi:10.1097/aog.0000000000000175. PMID 24785617.
- ^ Ataman, AD; Vatanoğlu-Lutz, EE; Yıldırım, G (2013). "Medicine in stamps-Ignaz Semmelweis and Puerperal Fever". Journal of the Turkish German Gynecological Association. 14 (1): 35–9. doi:10.5152/jtgga.2013.08. PMC 3881728. PMID 24592068.