Jangka hayat ialah ukuran statistik bagi anggaran purata baki tahun kehidupan pada umur tertentu. Ukuran yang paling biasa digunakan ialah jangka hayat semasa kelahiran (disingkatkan sebagai LEB, atau dalam tatatanda demografi e0, di mana ex merujuk kepada purata hayat yang tersisa pada umur x).
Kohort LEB ialah min jangka hayat kohort kelahiran (dalam kes ini semua individu yang dilahirkan pada tahun tertentu) dan boleh dikiran hany auntuk kohort yang dilahirkan sejak sekian lama sehingga semua ahli dalam kalangan mereka meninggal dunia. Tempoh LEB ialah min jangka hayat bagi kohort hipotesis, yang diandaikan terdedah kepada risiko dari kelahiran sehingga kematian dan kadar mortaliti yang dicerap pada tahun-tahun tertentu.[1][2][3]
Rujukan
- ^ Ortiz-Ospina E (28 August 2017). ""Life Expectancy" – What does this actually mean?". Our World in Data. Dicapai pada 2020-08-31.
- ^ "Period and cohort life expectancy explained: December 2019". Office for National Statistics. UK Government. Dicapai pada 2020-08-31.
- ^ Shryock HS, Siegel JS (1973). The Methods and Materials of Demography (ed. rev.). Washington, DC: Bureau of the Census, Government Printing Office.








