Janez Janša | |
---|---|
Perdana Menteri Slovenia | |
Menyandang jawatan 3 Mac 2020 | |
Presiden | Borut Pahor |
Timbalan | Zdravko Počivalšek Matej Tonin Aleksandra Pivec |
Didahului oleh | Marjan Šarec |
Dalam jawatan 10 Februari 2012 – 20 Mac 2013 | |
Presiden | Danilo Türk Borut Pahor |
Didahului oleh | Borut Pahor |
Digantikan oleh | Alenka Bratušek |
Dalam jawatan 3 Disember 2004 – 21 November 2008 | |
Presiden | Janez Drnovšek Danilo Türk |
Didahului oleh | Anton Rop |
Digantikan oleh | Borut Pahor |
Presiden dalam jawatan Majlis Eropah | |
Dalam jawatan 1 Januari 2008 – 30 Jun 2008 | |
Didahului oleh | José Sócrates |
Digantikan oleh | Nicolas Sarkozy |
Menteri Pertahanan | |
Dalam jawatan 7 Jun 2000 – 30 November 2000 | |
Perdana Menteri | Andrej Bajuk |
Didahului oleh | Franci Demšar |
Digantikan oleh | Anton Grizold |
Dalam jawatan 16 Mei 1990 – 29 Mac 1994 | |
Perdana Menteri | Lojze Peterle Janez Drnovšek |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Jelko Kacin |
Pemimpin Parti Demokratik Slovenia | |
Menyandang jawatan Mei 1993 | |
Didahului oleh | Jože Pučnik |
Ahli Perhimpunan Kebangsaan untuk Grosuplje | |
Menyandang jawatan 8 April 1990 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ivan Janša 17 September 1958 Grosuplje, Slovenia, Yugoslavia (kini Slovenia) |
Parti politik | Liga Komunis (sebelum 1985) Kesatuan Demokratik Slovenia (1989–1991) Parti Demokratik Slovenia (1991–kini) |
Pasangan | Silva Predalič Urška Bačovnik (k. 2009) |
Anak | 4 |
Pendidikan | Universiti Ljubljana |
Ivan Janša [i-van yan-sya] / [ˈíːʋan ˈjàːnʃa][1] lahir pada 17 September 1958), dikenali sebagai Janez Janša [jàːnɛs][2], ialah seorang ahli politik Slovenia yang merupakan Perdana Menteri Slovenia semasa, yang juha pernah berkhidmat dari 2004 hingga 2008 dan sekali lagi dari 2012 hingga 2013. Beliau telah memimpin Parti Demokratik Slovenia sejak 1993. Janša menjawat kerusi Menteri Pertahanan negara tersebut dari tahun 1990 hingga 1994, terutamanya semasa meletusnya Perang Kemerdekaan Slovenia dari Jun sehingga Julai 1991. Janša kalah dalam bidaan keempat untuk jawatan perdana menteri pada April 2022, apanila partinya dikalahkan oleh parti Gerakan Kebebasan.[3]
Janša menjadi Perdana Menteri sekali lagi pada 2012 berikutan pilihan raya awal pada Disember tahun sebelumnya. Pada 27 Februari 2013, kerajaan kedua Janša digulingkan dengan proses pengundian, Oleh hal yang demikian, Alenka Bratušek dari parti Slovenia Positif ditugaskan untuk membentuk kerajaan yang baru.[4] Pada 5 Jun 2013, Janša dihukum dua tahun penjara atas tuduhan rasuah.[5] Keputusan itu disahkan oleh Mahkamah Tinggi Slovenia pada 28 April 2014[6] dan sebulat suara dibatalkan oleh Mahkamah Perlembagaan Slovenia pada 23 April 2015.[7]
Kehidupan awal dan pendidikan
Beliau dilahirkan kepada keluarga penganut mazhab Katolik Rom dalam kelas pekerja di Grosuplje. Bapanya merupakan ahli Pengawal Rumah Slovenia dari Dobrova dekat Ljubljana yang terlepas daripada pembalasan Komunis kerana usianya yang muda.[8]
Janša lulus dari Fakulti Sains Sosial Universiti Ljubljana dengan ijazah dalam Pengajian Pertahanan pada tahun 1982, dan menjadi pelatih di Sekretariat Pertahanan Republik Sosialis Slovenia. Beliau kemudiannya menyertai Liga Komunis Sloveniaserta menjadi salah seorang pemimpin sayap pemuda dalam liga tersebut. Beliau menjadi presiden Jawatankuasa Pertahanan Rakyat Asas dan Perlindungan Diri Sosial Liga Pemuda Sosialis Slovenia.
Kehidupan peribadi
Janša adalah pendaki gunung yang aktif, pemain golf, pemain bola sepak, pemain ski dan peluncur salji.[9]
Sejak Julai 2009, Janša telah berkahwin dengan Urška Bačovnik (MD) dari Velenje. Kedua-dua mereka telah bercinta sejak 2006.[10] Pada bulan Ogos 2011, anak mereka Črtomir dilahirkan.[11] Anak kedua mereka, Jakob, dilahirkan pada bulan Ogos 2013.[12]
Sebelum perkahwinannya dengan Urška Bačovnik, Janša berada dalam hubungan jangka panjang dengan Silva Predalič, yang melahirkan dua anak, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.[13][14]
Rujukan
- ^ "Slovenski pravopis 2001: Ivan". "Slovenski pravopis 2001: Janša".
- ^ "Janša: P.S. Janez ni moj vzdevek" [Janša: P.S.: Janez bukan Nama Panggilan saya]. 24ur.si (dalam bahasa Slovenia). 28 September 2010.
- ^ Lihtenvalner, Katja (April 25, 2022). "Slovenia's populist PM loses election to environmentalist party" (dalam bahasa Inggeris). Reuters. CNN.
- ^ "Slovenia parliament ousts PM Jansa". 28 Februari 2013. Dicapai pada 4 Mac 2018 – melalui www.bbc.co.uk.
- ^ "Janša to "Fight to the End", Says Conviction Political". The Slovenia Times. 5 Jun 2013.
- ^ "Slovenian court confirms jail sentence for ex-PM Jansa". Reuters. 28 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-26. Dicapai pada 2018-06-18.
- ^ "Constitutional court overturned the convictions in the Patria case". MMC RTV Slovenia. 23 April 2015.
- ^ Janez Janša, Okopi (Ljubljana: Mladinska knjiga, 1994)
- ^ "Curriculum Vitae". Office of the Prime Minister. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-20. Dicapai pada 2008-09-20. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Janez in Urška sta uradno zaročena" (dalam bahasa Slovenian). MMC RTV SLO. 9 January 2008. Dicapai pada 2008-09-20.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Rodil se je Črtomir Janša". Slovenskenovice.si. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-14. Dicapai pada 2011-10-23.
- ^ "Janša ima sina Jakoba" [Janša Has the Son Jakob] (dalam bahasa Slovenian). Slovenskenovice.si. 13 August 2008.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Curriculum Vitae". Office of the Prime Minister. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-20. Dicapai pada 2008-09-20. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Janša poročen s Silvio" (dalam bahasa Slovenian). Vest.si. 27 Oktober 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2008. Dicapai pada 20 September 2008. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Janez Janša |
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Pejabat baharu | Menteri Pertahanan 1990–1994 |
Diikuti oleh: Jelko Kacin |
Didahului oleh Franci Demšar |
Menteri Pertahanan 2000 |
Diikuti oleh: Anton Grizold |
Didahului oleh Anton Rop |
Perdana Menteri Slovenia 2004–2008 |
Diikuti oleh: Borut Pahor |
Didahului oleh José Sócrates |
Presiden Majlis Eropah 2008 |
Diikuti oleh: Nicolas Sarkozy |
Didahului oleh Borut Pahor |
Perdana Menteri Slovenia 2012–2013 |
Diikuti oleh: Alenka Bratušek |
Jawatan parti politik | ||
Didahului oleh Jože Pučnik |
Presiden Parti Demokratik 1993–present |
Pemegang jawatan kini |