James Chua 蔡其豪 | |||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Maklumat peribadi | |||||||||||||||||||||||
Negara | Malaysia | ||||||||||||||||||||||
Lahir | Kuching, Sarawak, Malaysia | 30 Mac 1979||||||||||||||||||||||
Tinggi | 1.71 m (5 ka 7 in) | ||||||||||||||||||||||
Berat | 73 kg (161 lb) | ||||||||||||||||||||||
Cakat tangan | Kanan | ||||||||||||||||||||||
Acara | Perseorangan lelaki | ||||||||||||||||||||||
Rekod pingat
| |||||||||||||||||||||||
Profil BWF |
James Chua (Bahasa Cina: 蔡其豪; pinyin: Cai Qihao lahir 30 Mac 1979) ialah bekas pemain badminton Malaysia. Dilahirkan di Sarawak, Chua berpindah ke Kuala Lumpur untuk menyertai skuad BAM pada 1995.[1] Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan remaja Malaysia yang memenangi gangsa beregu lelaki pada Kejohanan Remaja Asia 1997 di Manila.[2] Beliau merupakan juara di Satelit Malaysia 1998,[3] dan pada 2001 merangkul gelaran Kejohanan Kebangsaan.[4] Chua memenangi gelaran Grand Prix Dunia pada Terbuka Malaysia 2002 menewaskan rakan senegaranya yang juga juara bertahan, Ong Ewe Hock dalam permainan dua set.[5] Bersama-sama dengan skuad pasukan lelaki negara, mereka memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1998 dan 2002.[6]
Pada 5 Julai 2022, beliau dilantik sebagai jurulatih perseorangan wanita BAM, menggantikan Indra Wijaya yang meninggalkan jawatan itu untuk melatih Lee Zii Jia.[7]
Pencapaian
Grand Prix Dunia IBF
Grand Prix Badminton Dunia yang dibenarkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) sejak 1983.
Perseorangan lelaki
Tahun | Kejohanan | Lawan | Skor | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2002 | Terbuka Malaysia | Ong Ewe Hock | 15–10, 15–6 | Juara |
2002 | Terbuka Switzerland | Marleve Mainaky | 7–2, 5–7, 3–7, 8–6, 1–7 | Naib juara |
Cabaran/Siri Antarabangsa BWF
Perseorangan lelaki
Tahun | Kejohanan | Lawan | Skor | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1998 | Satelit Malaysia | Ramesh Nathan | 15–8, 5–15, 15–10 | Juara |
Rujukan
- ^ "Sarawak mahu James disenarai". Utusan. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2018. Dicapai pada 26 April 2018.
- ^ "Asian Juniors: Indonesia Scrapes by into 2 Team Finals" (dalam bahasa Inggeris). New Shuttlenws. Dicapai pada 26 April 2018.
- ^ "Ramesh, James ke akhir". Utusan. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2018. Dicapai pada 26 April 2018.
- ^ "James Chua juara GP Kebangsaan". Utusan. Dicapai pada 26 April 2018.
- ^ "James Chua bags the 2002 Malaysia Open Men's Singles Title" (dalam bahasa Inggeris). Badminton Central. Dicapai pada 26 April 2018.
- ^ "Chong Hann turut mara". Utusan. Dicapai pada 26 April 2018.
- ^ Shamsudin, Shaiful (5 Julai 2022). "James Chua dilantik jurulatih perseorangan baru BAM". Stadium Astro. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2022. Dicapai pada 7 Julai 2022.
Pautan luar
- James Chua di BWF.tournamentsoftware.com (dalam bahasa Inggeris)