Jalan Negeri Kedah K820 | |
---|---|
Jalan Kampung Badlishah | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh JKR Kulim | |
Panjang | 2.25 km[1] (1.40 mi) |
Simpang utama | |
Hujung barat | Kampung Badlishah |
Hujung timur | ![]() |
Lokasi | |
Destinasi utama | |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Negeri Kedah K820 (Jalan Kampung Badlishah atau Jalan Kampung Indah) ialah jalan negeri yang melalui kawasan perkampungan di selatan Daerah Kulim, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kulim. K820 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.25 kilometer (1.4 bt).[1] Jalan negeri ini menghubungkan Kampung Badlishah di barat dengan Ladang Somme/Ladang Chim Koon.[3][4]
Gambaran keseluruhan
Dari penghujung barat, K820 (Jalan Kampung Badlishah) bermula di simpang tiga FT136 (Jalan Bandar Baharu–Kuala Ketil) di Ladang Somme atau Ladang Chim Koon, berdekatan dengan stesen bas Kampung Badlishah. K820 akan menuju ke arah barat menuju Kampung Durian Burong dan akan melepasi Klinik Desa Kampung Badlsihah. Ia akan melintasi sungai bernama Sungai Ayer Jerneh (atau Sungai Air Jernih), dan seterusnya terdapat simpang jalan kampung ke Kampung/Taman Indah, berdekatan dengan Masjid Al-Abrar Kampung Badlishah. K820 akan membengkok ke arah utara, menuju ke penghujung barat. 1.2 kilometer (0.7 bt) dari hujung timur di Kampung Badlishah, jalan akan sedikit membengkok sedikit ke arah barat laut sehinga dipenamatnya. Penamat jajaran K820 akan dilanjutkan dengan jalan kampung sedia ada.[4][5]
Jajaran Jalan Negeri Kedah K820 secara keseluruhannya terletak di Mukim Terap, salah satu mukim di bawah pentadbiran Daerah Kulim.[2][5] Nama jalan untuk K820 yang telah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) ialah Jalan Kampung Badlishah.[1] Walaupun begitu, jalan ini juga dikenali sebagai Jalan Kampung Indah dan Jalan Badlishah.[6] Hampir kesemua bahagian jalan K820, jenis jalan raya yang diguna pakai ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong.[4]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kulim, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[4] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Ladang Somme | 0.00 | ![]() | Penghujung timur | ||
Kampung Durian Burong | 0.75 | Kampung/Taman Indah, Kampung Durian Burong | |||
Kampung Badlishah | 2.21 | Dilanjutkan dengan jalan kampung sedia ada. | Penghujung barat | ||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kulim" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Bandar Baharu/Kulim, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-16. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
- ^ a b Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950 (dalam bahasa Inggeris). World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. ISBN 983-2192-36-6.
- ^ "Jalan Badlishah". Unifi Coverage Checker (dalam bahasa Inggeris). Unifi. 2022-05-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-05-08. Dicapai pada 8 Mei 2022.