Jalan Negeri Kedah K714 | |
---|---|
Jalan Kampung Sungai Tawar | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh JKR Daerah Baling | |
Panjang | 4.28 km[1] (2.66 mi) |
Simpang utama | |
Hujung utara | LP 67 LP 4 FT67 / FT4 di Kampung Keledang |
| |
Hujung selatan | Jalan Padang Setol di Kampung Padang Setol |
Lokasi | |
Destinasi utama |
|
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Negeri Kedah K714 (K714) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian selatan Daerah Baling, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Baling dan memiliki panjang keseluruhan iaitu, 4.28 kilometer (2.7 bt).[1] Jalan negeri ini menghubungkan Kampung Keledang di utara dengan Kampung Padang Setol di selatan.[3]
Deskripsi laluan
Jajaran
Jalan Negeri Kedah K714, bermula di Kampung Keledang, di dalam kawasan pentadbiran Mukim Tawar, salah satu mukim dalam penyeliaan Daerah Baling; di simpang tiga Jalan Persekutuan 67 (Jalan Sungai Petani–Baling), yang bertindan dengan Jalan Persekutuan 4 (Lebuhraya Timur–Barat). Jalan raya ini akan menelusuri ladang kelapa sawit hijau, di kawasan Ladang Katumba dan Ladang Sungai Tawar. Ia akan melintasi anak sungai Sungai Tawar yang bernama, Charok Purun, yang terletak kira-kira 1.6 kilometer dari hujung utara, lalu melintasi cabang Sungai Tawar kedua dekat lintasan Charuk Purun. Seterusnya, kira-kira 3.6 kilometer dari kilometer sifar, ia akan bersimpang degan jalan estet ke Ladang Bukit Hijau Bahagian Katumba. Jajaran diteruskan hingga di simpang K713 (Jalan Kampung Hangus–Ladang Sungai Tawar), lalu tamat di Kampung Padang Setol dekat Klinik Desa Ssngai Tawar dan Pondok Polis Sungai Tawar; ia akan dilanjutkan dengan jalan kampung sedia ada.[4][5]
Kesemua jajaran Jalan Negeri Kedah K714 terletak di Mukim Tawar.[2][5] Hampir kesemua bahagian jalan K714, jenis jalan raya yang diguna pakai ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong, satu hala untuk satu lorong.[4]
Nama
Ia dikenali sebagai Jalan Kampung Sungai Tawar, Jalan Sungai Tawar dan Jalan Estet Sungai Tawar dalam kalangan penduduk setempat, namun nama yang telah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi Jalan Negeri Kedah K714 ialah Jalan Batu 12 Jalan Sungai Petani–Sungai Tawar.[1]
Senarai persimpangan
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[4] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kampung Keledang | 0.0 | LP 67 LP 4 FT67 (Jalan Sungai Petani–Baling) / FT4 (Lebuhraya Timur–Barat) – Pengkalan Hulu, Kuala Ketil, Gerik, Bandar Baling | Kilometer sifar K714 | ||
Ladang Katumba | 3.6 | Jalan Ladang Katumba – SJK (T) Ladang Katumba | |||
Kampung Sungai Tawar | 3.9 | K713 (Jalan Kampung Bukit Hijau) – Kampung Hangus, Kampung Jerai | |||
4.3 | Jalan Padang Setol – Kampung Padang Setol, Kuala Pegang | K714 tamat | |||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Baling" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Januari 2020. Dicapai pada 31 Januari 2022.
- ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Baling, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
- ^ a b Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950 (dalam bahasa Inggeris). World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. ISBN 983-2192-36-6.