Jalan Negeri Kedah K683 | |
---|---|
Jalan Pintasan Gurun Jalan Pintas Gurun | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda | |
Panjang | 4.30 km[1] (2.67 mi) |
Simpang utama | |
Hujung utara | Kampung Pulau Chengai |
LP 175 Jalan Gurun–Kepala Batas LP 1 Jalan Butterworth–Alor Setar | |
Hujung selatan | Perwaja |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Pintasan Gurun (Laluan Negeri Kedah K683) ialah jalan pintasan berstatus jalan negeri yang terletak di utara Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]
Gambaran keseluruhan
Jalan Pintasan Gurun diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 4.30 kilometer (2.7 bt).[1] Jenis jalan raya yang digunakan di hampir kesemua bahagian Jalan Pintasan Gurun ialah jalan raya berkembar.[4]
Permulaan laluan ini terletak berhampiran dengan Kampung Pulau Chengai, di persimpangannya dengan Jalan Gurun–Kepala Batas (Laluan Persekutuan 175).[5] Laluan ini akan menuju ke selatan melalui kawasan perladangan. Kira-kira 3.3 kilometer (2.1 bt) di hadapan, laluan ini akan bersilang dengan jalan masuk ke kilang Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS). Laluan dilanjutkan hingga di penghujung selatan berdekatan dengan Perwaja, ia bersimpang dengan Jalan Butterworth-Alor Setar (Laluan Persekutuan 1), jalan raya utama utama di bahagian tengah Semenanjung Malaysia.[4][5][6]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[4][6] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kampung Pulau Chengai | 0.50 | LP 175 FT175 — Gurun, Jeniang, Sungai Petani, Bukit Kayu Hitam | Penghujung utara | ||
Kampung Kilang Ketapan | 3.30 | Kilang Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd | Simpang tiga | ||
Perwaja Steel | 4.30 | LP 1 FT1 — Kuala Lumpur, Butterworth, Tikam Batu | Penghujung selatan | ||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Rujukan
- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ @JKRKMS (29 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 8 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
- ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 2022-02-20.
- ^ a b Google Inc. "Peta Google — K683" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.
Pautan luar
- Statistik Jalan (Edisi 2018) (PDF). Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya Malaysia. 14 November 2018. ISSN 1985-9619.