Jalan Negeri Kedah K652 | |
---|---|
Jalan Sungai Pial–Batu Hampar | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda | |
Panjang | 4.37 km[1] (2.71 mi) |
Simpang utama | |
Hujung barat | Kampung Sungai Pial |
Jalan Singkir–Tanjung Dawai K668 Jalan Ban Merbok–Sungai Pial Jalan Kampung Sungai Baru Jalan Simpang Tiga Pasir–Sungai Gelam | |
Hujung timur | Kampung Batu Hampar |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Sungai Pial–Batu Hampar (Laluan Negeri Kedah K652) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]
Gambaran keseluruhan
Jalan Sungai Pial–Batu Hampar diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 4.37 kilometer (2.7 bt),[1] menghubungkan Kampung Sungai Pial di barat dengan Kampung Batu Hampar di timur.[4] Jenis jalan raya yang digunakan di hampir kesemua bahagian Jalan Sungai Pial–Batu Hampar ialah jalan raya tunggal.[5][6]
Permulaan Jalan Sungai Pial–Batu Hampar terletak di Kampung Sungai Pial, di persimpangannya dengan Jalan Singkir-Tanjung Dawai (Laluan Negeri K161). Laluan menuju ke timur melalui kawasan perkampungan dan penanaman sawah padi yang diusahakan oleh penduduk setempat. Kira-kira 3.3 kilometer (2.1 bt) dari penghujung barat, akan terdapat simpang tiga menuju ke Jalan Ban Merbok–Sungai Pial (Laluan Negeri K668). Beberapa meter di hadapan, tidak jauh dari simpang K668, laluan ini akan bersilang dengan Jalan Kampung Sungai Baru (Laluan Negeri K635). Laluan diteruskan hingga di penghujungnya di Kampung Batu Hampar, ia bersilang dengan Jalan Simpang Tiga Pasir–Sungai Gelam (Laluan Negeri K636).[4][5][6]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[5][6] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kampung Sungai Pial | 0.00 | K161 — Tanjung Dawai, Bedong, Singkir | Penghujung barat | ||
Kampung Jilid 3 | 3.30 | K668 K668 — Kampung Sungai Derhaka | Simpang tiga | ||
3.90 | K635 — Kampung Sungai Baru, Kampung Pengkalan Bujang | Simpang tiga | |||
Kampung Batu Hampar | 4.37 | K636 — Kampung Simpang Tiga Pasir, Sungai Petani | Penghujung timur | ||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Rujukan
- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ @JKRKMS (27 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 6 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-20. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
- ^ a b c Google Inc. "Peta Google — K652" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.
Pautan luar
- "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.