Jalan Negeri Kedah K638 | |
---|---|
Jalan Bukit Kechil-Pulau Sayak | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda | |
Panjang | 2.21 km[1] (1.37 mi) |
Simpang utama | |
Hujung barat | K642 di Kampung Pulau Sayak |
Hujung timur | K14 di Kampung Bukit Kechik |
Lokasi | |
Destinasi utama | |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Negeri Kedah K638 (Jalan Jalan Bukit Kechil-Pulau Sayak atau Jalan Pulau Sayak) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K638 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.21 kilometer (1.4 bt),[1] menghubungkan Kampung Pulau Sayak di utara dengan Kampung Bukit Kechik di timur dengan melalui kawasan Kampung Telok Amboi dan Kampung Bukit Tukang Jusoh.[3][4]
Gambaran keseluruhan
Dari penghujung barat, Jalan Kampung Pulau Sayak K638 bermula di simpang tiga Jalan Pantai Merdeka K14 di Kampung Bukit Kechik, berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kechil. K638 akan menuju ke arah barat laut menuju Kampung Bukit Tukang Jusoh dan melalui kawasan perhutanan hijau dan perumahan penduduk. Ia akan melintasi saliran kecil berasal daripada Sungai Tok Kanchil di Kampung Bukit Tukang Jusoh. K638 akan membengkok ke arah barat daya di Kampung Teluk Bilek, selepas melepasi simpang ke Jalan Telok Amboi, jalan kampung ke Kampung Telok Amboi dan Kampung Aceh. Bermula di sini, K638 akan melalui kawasan sawah padi di selatan. Jajran diteruskan hingga di penghujung baratnya di Kampung Pulau Sayak, berhampiran dengan sebuah klinik desa. Ia bersilang dengan Jalan Kampung Tepi Sungai–Pulau Sayak K642 secara simpang tiga.[4][5]
Jajaran Jalan Negeri Kedah K638 secara keseluruhannya terletak di Mukim Bukit Meriam, salah satu mukim di bawah pentadbiran Daerah Kuala Muda.[2][6] Nama jalan untuk K638 yang telah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) ialah Jalan Bukit Kecik–Pulau Sayak–Bukit Tukang Jusuh.[1][7] Hampir kesemua bahagian jalan K638, jenis jalan raya yang diguna pakai ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong.[4]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[4] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kampung Pulau Sayak | 0.00 | K642 – Kampung Sungai Yu, Kampung Sungai Meriam | Penghujung barat | ||
Kampung Teluk Bilek | 1.40 | Jalan Telok Amboi – Kampung Telok Amboi, Kampung Aceh | |||
Kampung Bukit Kechik | 2.21 | K14 – Kota Kuala Muda, Pantai Merdeka, Kampung Permatang Tengah | Penghujung timur | ||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Rujukan
- ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
- ^ Google Inc. "Peta Google — K638" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.
- ^ Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950 (dalam bahasa Inggeris). World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. ISBN 983-2192-36-6.
- ^ @JKRKMS (24 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Part 5 Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit). Dicapai pada 1 Mei 2022 – melalui Twitter.
Pautan luar
- Kategori berkenaan Jalan Negeri Kedah K638 di Wikimedia Commons