Jalan Negeri Kedah K627 | |
---|---|
Jalan Taman Intan, Lebuh Intan | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda | |
Panjang | 1.75 km[1] (1.09 mi) |
Simpang utama | |
Hujung barat | Taman Intan |
Hujung timur | LP 1 FT1 di Taman Seri Putra |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Negeri Kedah K627 (Jalan Taman Intan atau Lebuh Intan) ialah jalan negeri yang terletak di tengah Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]
Gambaran keseluruhan
Jalan Taman Intan diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.75 kilometer (1.1 bt),[1] menghubungkan Taman Sinar Intan di barat dengan Taman Seri Putra di timur.[4] Jenis jalan raya yang digunakan di bahagian Jalan Taman Intan ialah jalan raya tunggal dua lorong (Taman Seri Putra–Jambatan Sungai Bakar Arang) dan jalan raya kembar dua lorong setiap arah (Jambatan Sungai Bakar Arang–Taman Sinar Intan).[5][6]
Permulaan Jalan Taman Intan terletak di kawasan perumahan Taman Seri Putra, di persimpangannya dengan Jalan Butterworth-Alor Setar (Laluan Persekutuan Malaysia 1), jalan raya utama di bahagian tengah Semenanjung Malaysia. Laluan menuju ke barat melalui kawasan taman perumahan. Kira-kira 160 meter (0.1 bt) dari penghujung barat berhampiran dengan penghujung timur juga, akan terdapat simpang tiga menuju ke Jalan Sungai Petani–Taman Intan (Laluan Negeri K661; atau Jalan Pangkalan). Jenis jalan raya akan berubah menjadi jalan raya kembar apabila melepasi jambatan kecil Sungai Bakar Arang. Akan ada simpang tiga di 900 meter hadapan, ia bersilang dengan Jalan Taman Intan–Penghulu Him (Laluan Negeri K660). Laluan diteruskan hingga di penghujungnya di Taman Sinar Intan, ia akan berakhir dengan jalan mati.[4][5][6]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[5][6] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Taman Seri Putra | 0.00 | LP 1 FT1 — Butterworth, Alor Setar, Tikam Batu | Penghujung timur | ||
Taman Pekan Baru | 0.16 | K661 K661 — Sungai Petani, Kampung Bakar Kapor | Simpang tiga | ||
Taman Intan | 0.90 | K660 K660 — Riverfront City, Kampung Penghulu Him | Simpang tiga | ||
1.75 | Jalan mati berhampiran Taman Seri Intan; pusingan U dibenarkan. | Penghujung barat | |||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Rujukan
- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ @JKRKMS (23 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 4 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit). Dicapai pada 28 Februari 2022 – melalui Twitter.
- ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-20. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
- ^ a b c Google Inc (25 Januari 2022). "K627" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Februari 2022.
Pautan luar
- "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.