Jalan Negeri Kedah K603 | |
---|---|
Jalan Guar Nenas | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda | |
Panjang | 3.83 km[1] (2.38 mi) |
Simpang utama | |
Hujung utara | K146 K146 di Kampung Sungai Rotan |
K686 di Kampung Guar Nenas K604 di Kampung Guar Nenas K687 di Taman Jerai | |
Hujung selatan | LP 175 FT175 di Taman Jerai |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Negeri Kedah K603 (Jalan Guar Nenas atau Jalan Guar Nanas) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian utara Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K603 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.83 kilometer (2.4 bt),[1] menghubungkan Kampung Sungai Rotan di utara dengan Taman Jerai (Kampung Pulau Chengai) di selatan dengan melalui kawasan Kampung Guar Nenas dan Kampung Guar Jumaat.[3][4]
Gambaran keseluruhan
Dari penghujung selatan di Taman Jerai, Jalan Negeri Kedah K603 bermula di persimpangannya dengan Jalan Gurun–Kepala Batas FT175 dan Jalan Jerai Maju 2 berhampiran dengan pusat beli-belah Jerai Plaza. Persimpangan empat ini dilengkapi dengan lampu isyarat. Ia akan menuju ke utara melalui kawasan estet dan beberapa kawasan perumahan di Taman Jerai. Hanya dalam beberapa meter sahaja, akan terdapat simpang kecil menuju ke Jalan Guar Nenas–Jejambat FT175 K687, laluan utama ke kawasan perkampungan Kampung Pulau Chengai dan Kampung Sungai Ibor. Selepas melepasi simpang tersebut, Jalan Guar Nenas K603 akan bersilang dengan Jalan Jerai Emas 1, jalan masuk ke kawasan perumahan Taman Jerai Emas, Taman Jerai Bayu serta Taman Meranti.[4][5]
Mulai disini, Jalan Guar Nenas K603 akan melawati kawasan estet. Landasan kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ke Petronas Fertiliser Kedah akan melintasi bawah jalan ini sebelum persimpangan Jalan Simpang Guar Nenas K604. Di Kampung Guar Nenas, terdapat dua simpang jalan negeri iaitu, Jalan Simpang Guar Nenas K604 dan Jalan Masuk ke Petronas Fertiliser Kedah K686. Jarak antara dua simpang ini sangat dekat. Persimpangan jalan K604 juga dilengkapi dengan lampu isyarat. Jalan Guar Nenas K603 akan menuju ke utara hingga ke penghujungnys di Kampung Sungai Rotan, bersimpang dengan Jalan Guar Chempedak K146. Sempadan Daerah Pendang dan Daerah Kuala Muda terletak di pengakhiran hayat laluan ini di utara.[4][5] Secara keseluruhan, Jalan Guar Nenas K603 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Gurun, salah satu mukim di Daerah Kuala Muda.[2][5]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[4] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kampung Sungai Rotan | 0.0 | K146 K146 – Guar Chempedak, Kampung Pokok Tai, Pulau Bunting, Jenun | Penghujung utara | ||
Kampung Guar Nenas | 1.5 | K686 – Ladang Cempedak, Pintu 3 Petronas Fertiliser Kedah | |||
1.7 | K604 – Kampung Guar Nenas, Taman Puteri Lagenda, Taman Alam Maju | ||||
Taman Jerai | 3.3 | Jalan Jerai Emas 1 – Taman Jerai Emas, Taman Jerai Bayu, Taman Meranti | |||
3.7 | K687 – Kampung Pulau Chengai, Kampung Sungai Ibor | ||||
3.8 | LP 175 FT175 / Jalan Jerai Maju 2 – Gurun, Jeniang, Butterworth, Taman Jerai Maju | Penghujung selatan | |||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ a b c d "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
- ^ a b c Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187 950 (dalam bahasa Inggeris). World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. ISBN 983-2192-36-6.