
Pertukaran pengawal (guard mounting), penukaran pengawal, atau istiadat pertukaran pengawal, ialah satu upacara rasmi di mana penjaga yang menjalankan tugas pengawalan kehormat di institusi penting digantikan oleh kumpulan penjaga baharu. Upacara ini selalunya penuh dengan perincian dan dikoreografikan secara teliti. Ia berasal daripada latihan ketenteraan semasa aman dan di medan perang yang diperkenalkan pada akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18 untuk meningkatkan kesepaduan dan keberkesanan unit.
Malaysia
Istiadat Pertukaran Pengawal diadakan di hadapan Istana Negara, Jalan Duta di Kuala Lumpur setiap hari pada pukul 12 tengah hari. Upacara ini melibatkan Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja daripada Tentera Darat Malaysia yang menyediakan pasukan pengawal bersama Skuadron Istiadat Berkuda Kor Armor Diraja.
Setiap bulan, satu upacara yang lebih besar diadakan di luar pintu pagar utama istana yang berasaskan upacara di London, di mana Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja memainkan muzik rasmi semasa detasmen pengawal bertugas ditukar antara kompeni-kompeni dalam batalion tersebut.
Rujukan
Pautan luar
Ketahui lebih lanjut tentang Istiadat pertukaran pengawal di Wikipedia: | |
![]() |
Takrifan dari Wikikamus |
![]() |
Imej dan media dari Commons |