Isabelle Bean (1862–1939) ialah seorang jururawat, ahli teosofi dan feminis di Australia. Beliau terkenal dalam aktiviti promosi dan advokasi teosofi dan kemajuan wanita.[1] Dia dikenali sebagai Isabelle Gater dan dua nama daripada perkahwinannya terdahulu Isabelle Edelfelt dan Isabelle John.
Kehidupan Awal
Isabelle Gater dilahirkan pada tahun 1862 di Salisbury, Wiltshire, England. Bapanya William John Gater, seorang penjual besi, dan ibunya Elizabeth, née Knight.[1]
Kejururawatan dan Teosofi
Selepas latihan sebagai jururawat, Gater berhijrah ke Australia pada awal 1880-an. Pada tahun 1886, dia berkahwin dengan Erik Gustalf Edelfelt.[2] Dia berpindah bersama suaminya ke New Guinea. Gater membawa pistolnya sendiri semasa menemani suami dalam perjalanannya, dan dikenali sebagai 'wanita yang giat dan berani'.[1] Sekembalinya ke Australia, Isabelle menjalani latihan lanjutan di Hospital Wanita di Melbourne dalam bidang obstetrik, dan mendapati sijil pada tahun 1894. [1]
Selepas kematian Edelfelt pada tahun 1895, Isabelle menyertai Persatuan Theosophical di Australia, di mana dia bertemu William George John. Dia berkahwin dengan John pada tahun 1901. Selama 23 tahun, dia berada di ibu pejabat Persatuan Theosophical di Sydney. Dia mengajar kelas dalam teosofi dan berucap di mesyuarat di Sydney Domain setiap Ahad. [2] Dia juga menjalankan kerja sosial di dalam bar-bar di bandar. Dia juga mengulas dari rumah ke rumah mengenai isu-isu wanita seperti meningkatkan umur persetujuan. Pada tahun 1908, dia menemani Annie Besant[3], seorang reformis sosial British, ahli teosofi dan aktivis hak wanita dalam lawatan syarahan dalam negara Komanwel.[1]
Isabelle meneruskan penglibatannya dengan masyarakat selepas kematian John. Dia bekerja sebagai setiausaha kepada usaha-usaha seperti International Order of the Round Table dan Order of the Star of the East.[1] Pada tahun 1922, dia berkahwin dengan pengganti John, John Willoughby Butler Bean. Apabila dia meletak jawatan daripada pertubuhan pada tahun 1924, Isabelle meneruskan kehidupan awam sebagai naib presiden Persatuan Bukan Parti Wanita Queensland, sebuah badan yang ditumbuhkan untuk membangunkan kebajikan sosial melalui tekanan politik. Beliau juga merupakan delegasi Perintah Perkhidmatan Teosofi kepada Majlis Kebangsaan Wanita.[1]
Isabelle Bean meninggal dunia akibat penyakit serebrovaskular hipertensi pada tahun 1939 dan diperabukan dengan upacara Persatuan Theosophical. [1]
Rujukan
- ^ a b c d e f g h Gibbney, H. J. (1979). "Isabelle Bean (1862–1939)". Australian Dictionary of Biography. Dicapai pada 3 March 2017. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b "OBITUARY". The Sydney Morning Herald (31, 631). New South Wales, Australia. 18 May 1939. m/s. 15. Dicapai pada 6 March 2017 – melalui National Library of Australia. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Annie Besant | British social reformer". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-13.








