Interregnum Portugis 1383–1385 | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Seratus Tahun | |||||||
Pertempuran Aljubarrota oleh Jean de Wavrin | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Supported by: Kerajaan England |
Supported by: Kerajaan Beraja Perancis Mahkota Aragon | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
John I dari Portugal Nuno Álvares Pereira |
John I dari Castile Fernando Sánchez de Tovar † Pedro Álvares Pereira † |
Interregnum Portugis 1383–1385 ialah perang penggantian dalam sejarah Portugis apabila tiada raja Portugal yang dinobatkan untuk memerintah. Interregnum secara amnya bermaksud sela masa dalam satu-satu pemerintahan[1] dan Interregnum Portugis ini bermula apabila Raja Ferdinand I mangkat tanpa waris lelaki dan berakhir apabila Raja John I dinobatkan pada 1385 selepas kemenangannya semasa Pertempuran Aljubarrota.
Portugal menafsirkan era itu sebagai gerakan penentangan nasional mereka yang terawal untuk menentang campur tangan Castilian, dan Robert Durand menganggapnya sebagai "pendedahan besar kesedaran kebangsaan".[2]
Kaum borjuis dan golongan bangsawan bekerjasama untuk menubuhkan dinasti Aviz, cabang dari Wangsa Portugis Burgundy, dengan selamat di atas takhta bebas. Itu berbeza dengan perang saudara yang panjang di Perancis (Perang Seratus Tahun) dan England (Perang Mawar), yang mempunyai puak bangsawan yang berjuang dengan kuat menentang monarki terpusat.
Ia biasanya dikenali di Portugal sebagai Krisis 1383–1385 (Crise de 1383–1385).
Rujukan
- ^ "PRPM: Interregnum". Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ Robert Durand, in Encyclopedia of the Middle Ages (Routledge, 2000), s.v. "Portugal", p 1173; see also Armíndo de Sousa, "Portugal" in The New Cambridge Medieval History 2004, vol. II p. 629.