IPG Kampus Sarawak Institute of Teacher Education, Sarawak Campus | |
---|---|
Lokasi | |
Miri, Sarawak | |
Maklumat | |
Moto | IPG peneraju kecemerlangan pendidikan guru |
Ditubuhkan | 1982 |
Jumlah penuntut | Kursus persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Kursus Sijil Perguruan Khas |
Pengarah | Tuan Hj. Mohamad Zailani Bin Hj. Jaya |
Timbalan Pengarah | Dr Tiwi Binti Kamidin |
Hal Ehwal Pelajar | En. Marni Bin Golong |
Laman sesawang | http://ipgks.moe.edu.my |
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) ialah salah sebuah daripada empat buah institut pendidikan guru yang terletak di negeri Sarawak. IPGKS terletak di Jalan Bakam kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar bandaraya pelancongan bandar Miri.
Sejarah
Maktab Perguruan Sarawak mula ditubuhkan di Jalan Desa, Sibu pada tahun 1957 bagi melatih guru-guru berpengantar Bahasa Cina. Encik Ting Kwong Yu merupakan pengetua pertama dan dibantu oleh 7 orang pensyarah. Pada tahun 1982, maktab telah berpindah ke Jalan Bakam iaitu kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar Miri. Selama 29 tahun di lokasi baru, maktab dipimpin oleh 3 orang pengetua iaitu Encik James Wee Lai Khoon , Puan Hajah Zakiah Haji Omar dan Dr. Zulmahari Merawi. Maktab Perguruan Sarawak telah diisytiharkan sebagai Institut Perguruan Sarawak dan kini telah pun diiktiraf sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak dan akan terus membangun bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan guru selaras dengan hasrat negara.
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) adalah salah satu daripada 27 buah kampus di Malaysia. mengendalikan berbagai kursus antaranya , Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-R), Kursus Pra Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Kursus Perguruan Lepas Ijazah JQAF (KPLI-JQAF), KDC Pengajian Cina dan Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah(PGSR).
Visi
Menjana kemenjadian guru alaf baharu.
Misi
Memberi latihan dan pendidikan berkualiti kepada kumpulan sasar bagi menyesuaikan diri dan memperkembangkan kompetensi sejajar dengan perubahan-perubahan terkini.
Alamat
Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
No. Telefon
085-410202 & 085-421201