Imphal
ইম্ফল | |
---|---|
bandar perbandaran ("kerajaan tempatan") | |
Country | India |
Negeri | Manipur |
Daerah | Imphal West & Imphal East |
bandar perbandaran ("kerajaan tempatan") | Imphal |
Penduduk (2001) | |
• Jumlah | 217,275 |
• Celik huruf | 172,060 (90,497 lelaki 81,563 perempuan) |
• Pecahan menurut jantina | 53% lelaki dan 47% perempuan |
Bahasa | |
• Rasmi | Meiteilon (Manipuri) |
Zon waktu | UTC+5:30 (Indian Standard Time - IST) |
• Musim panas (DST) | GMT |
Postal Index Number - PIN | 795xxx |
Kod telefon | 3852 |
Pendaftaran kenderaan | MN01 |
bawah 6 tahun | 21032 (2001) |
Imphal ialah sebuah bandar perbandaran ("kerajaan tempatan") dalam daerah Imphal West & Imphal East di negeri Manipur, India.
Demografik 2001
Menurut bancian India pada tahun 2001, Imphal memiliki bilangan penduduk seramai 217,275. Dari jumlah tersebut, kaum lelaki membentuk 50% dari jumlah keseluruhan populasi dan wanita seramai 50%.[1]
Pendidikan 2001
Menurut bancian India pada tahun 2001 Imphal memiliki kadar pendidikan (kebolehan membaca) 79%, melebihi kadar purata kebangsaan 59.5%; dengan 53% lelaki dan 47% wanita mampu membaca. 10% dari populasi berusia di bawah 6 tahun. (2001)
Peristiwa Penting
Imphal, bersama-sama Kohima, menjadi tumpuan satu pertempuran besar sewaktu Perang Dunia Kedua. Tentera Jepun, di bawah pimpinan Leftenan Jeneral Renya Mutaguchi, melancarkan serangan besar-besaran pada awal tahun 1944 dari Burma dengan dibantu ketumbukan Tentera Nasional India di bawah pimpinan Subhas Bose. Serangan ini dapat dipatahkan oleh tentera British pimpinan Jeneral Sir William Slim yang mempertahankan Imphal dan Kohima di utaranya. Kekalahan Jepun di Imphal-Kohima merupakan kekalahan paling teruk tentera Jepun dan menjadi titik permulaan kejatuhan Jepun di Asia Tenggara.[2]
Rujukan
- ^ Bancian India 2001 (sumber Wikipedia Inggeris) ^ Bancian India 2001: Data dari Bancian 2001, termasuk kampong, pekan, dan bandar (Provisional). Jawatan kuasa Bancian India. Diarkib dari asal 16-06-2004. / “Census of India 2001: Data from the 2001 Census, including cities, villages and towns (Provisional)". Census Commission of India. Archived from the original on 2004-06-16. https://web.archive.org/web/20040616075334/http://www.censusindia.net/results/town.php?stad=A&state5=999. Dicapai 2008-11-01.
- ^ Christopher Bayly dan Tim Harper, Forgotten Armies: Britain's Asian Empire & the War with Japan, Bab 7, The Pivot of the Fighting, ms 360-392. ISBN 9780140293319.