Imaduddin Zangi | |
---|---|
Atabeg dari Mosul, Aleppo, Hama dan Edessa | |
Pemerintahan | 1127–1146 |
Pertabalan | 1127, Mosul |
Nama penuh | Imaduddin Zangi Atabeg Zangi al-Malik al-Mansur |
Pendahulu | Mahmud II |
Pengganti | Saifuddin Ghazi I |
Dinasti | Dinasti Zangi |
Ayahanda | Aq Sunqur al-Hajib |
Jata Dinasti Zangi | |
---|---|
Putera dari Dinasti Zangi | |
Kerabat diraja | Dinasti Zangi |
Imaduddin Zangi (s. 1085 – 14 September 1146) (juga Zangi, Zengui, Zenki, atau Zanki / Turki: İmadeddin Zengi / Arab: عماد الدین زنكي ) adalah atabeg dari Mosul, Aleppo, Hama dan Edessa dan pengasas dinasti Zangi, yang mana berasal dari nama beliau.
Imaduddin, penguasa Turki dari Mosul, merupakan pemimpin yang pertama dalam sejarah, setelah ekspansi tentera salib semasa Perang Salib Pertama, yang memimpin para mujahidin Islam. Dengan bantuan seorang ulama, Ibn al-Khasysyab, meraka membawa umat Islam ke arah kemenangan menentang tentera salib dalam Pertempuran Ladang Darah di Balath. Kemenangan ini membawa impak yang besar kepada psikologi umat Islam dan menghapus tanggapan mereka tentang kekuatan tentera salib.
Kemenangan Imaduddin pada tahun 1144 mengukuhkan rasa percaya diri mereka. Kemampuan pasukan Imaduddin merebut Edessa sangat berharga kerana Edessa merupakan kota Negara Salib pertama yang berhasil direbut oleh umat Islam. Walaupun dua tahun kemudian Imaduddin tewas akibat dibunuh, Imaduddin tetap seorang pahlawan bagi umat Islam yang membakar semangat jihad mereka. Semangat jihad diteruskan oleh Nuruddin, tokoh utama Islam semasa Perang Salib Kedua yang juga putera kepada Zangi.
Sumber
- Amin Maalouf, The Crusades Through Arab Eyes, 1985
- Steven Runciman, A History of the Crusades, vol. II: The Kingdom of Jerusalem. Cambridge University Press, 1952.
- The Damascus Chronicle of the Crusades, Extracted and Translated from the Chronicle of Ibn al-Qalanisi. H.A.R. Gibb, 1932 (reprint, Dover Publications, 2002).
- William of Tyre, A History of Deeds Done Beyond the Sea, trans. E.A. Babcock and A.C. Krey. Columbia University Press, 1943.
- An Arab-Syrian Gentleman and Warrior in the Period of the Crusades; Memoirs of Usamah ibn-Munqidh (Kitab al i'tibar), trans. Philip K. Hitti. New York, 1929.
- The Second Crusade Scope and Consequences Edited by Jonathan Phillips & Martin Hoch, 2001.
- The Chronicle of Michael the Syrian - (Khtobo D-Makethbonuth Zabne) (finished 1193-1195)
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Mahmud II dari Seljuk Agung Sultan Hamadan |
Emir Mosul 1127–1146 |
Diikuti oleh: Saif ad-Din Ghazi I |