Ikon Malaysia rangan pertandingan menyanyi realiti yang tidak seperti pertandingan sebegini yang lain, kerana rancangan ini bukan mencari bintang baru, sebaliknya mencari seorang tokoh baru antara artis-artis sedia ada. Rancangan ini dilancarkan bersama Ikon Indonesia dan Ikon Philippines pada lewat tahun 2006 sebagai satu inisiatif untuk mencari bintang yang layak mewakili negara masing-masing dalam peringkat Asia Tenggara.
Ikon Malaysia mula disiarkan di Astro Ria pada bulan Mei 2007 dengan Sarimah Ibrahim dan Dynas Mokhtar sebagai pengacaranya.
Ikon Malaysia | |
---|---|
Format | Televisyen realiti |
Negara asal | |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 1 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 2 jam |
Format
Peringkat pengenalan
- Intro IKON MALAYSIA
Episod pengenalan ini membuka tirai Ikon Malaysia dengan paparan maklumat format, konsep dan sistem undian program. Turut diperkenalkan sepuluh artis dan sembilan kumpulan muzik yang telah dipilih oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan barisan panel.
- Profil IKON MALAYSIA
Ini merupakan landasan pengenalan para peserta Ikon Malaysia. Selain mempamerkan bakat mereka, Turut dipaparkan gaya hidup dan temuramah eksklusif, serta tayangan klip video dan persembahan mereka.
Pentas Ikon Malaysia
- Saringan
Para peserta akan bertanding (artis solo dan kumpulan di malam berlainan) untuk mendapat tempat di pusingan separuh akhir. Siaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, persembahan-persembahan para peserta diadili oleh juri (70%) dan undian SMS penonton (30%).
- Buzz IKON MALAYSIA
Program ini memberikan informasi dan liputan terkini serta mengimbas kembali persembahan-persembahan di Pentas IKON. Tonton Buzz Ikon untuk mengetahui keputusan pemenang-pemenang untuk Pentas Ikon.
- Klip IKON MALAYSIA
Program ini menampilkan video-video muzik serta klip persembahan artis-artis yang terlibat dalam Ikon Malaysia.
- Pusingan Separuh Akhir
Selepas melalui peringkat saringan, lima orang artis solo dan lima kumpulan muzik melayakkan diri mereka ke pusingan ini lalu berentap untuk menjadi finalis Ikon Malaysia.
- Pusingan Akhir
Melalui sistem penghakiman 70% juri dan 30% undian, seorang artis solo dan sebuah kumpulan muzik bakal merealisasikan impian mereka dengan meraih gelaran Ikon Malaysia lalu mewakili negara untuk Ikon ASEAN.
Musim pertama (2007)
Peserta
Solo
|
Berkumpulan
|
Info rancangan
Rancangan pengenalan
Kedua-dua rancangan ini diacarakan oleh Sarimah Ibrahim.
Pentas Ikon Malaysia
Pertandingan yang bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya diadili 30% melalui undian penonton dan 70% melalui keputusan juri profesional.
- Pusingan pertama
- Solo (19 Jun 2007)
- Sepuluh orang artis solo bertanding untuk mendapat tempat di pusingan separuh akhir.
- Berkumpulan (22 Jun 2007)
- Sembilan kumpulan muzik bertanding untuk mendapat tempat di pusingan separuh akhir.
- Separuh Akhir (7 Julai 2007)
Berikut merupakan peserta-peserta yang layak ke pusingan ini, mengikut susunan kemunculan di pentas.
- Gerhana Skacinta
- Farah Anuar
- Flop Poppy
- Dayang Nurfaizah
- OAG
- Reshmonu
- May
- Mawi
- Jaclyn Victor
- Jinbara
Pada 10 Julai 2007, Jac, Dayang, kumpulan-kumpulan OAG dan Flop Poppy dipilih sebagai empat artis pertama untuk memasuki peringkat akhir. Mawi dan kumpulan Def Gab C telah dipilih untuk mengikuti mereka ke peringkat tersebut melalui undian wildcard yang akan diketahui keputusannya pada 17 Julai.
- Akhir (28 Julai 2007)
Jaclyn Victor dan kumpulan OAG dinobatkan sebagai "Ikon Malaysia" yang mewakili negara di Ikon ASEAN yang diadakan pada 12 Ogos 2007 di Putrajaya.