IShowSpeed | |||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Watkins Jr. pada 2021 | |||||||||||||
| Kelahiran | Darren Jason Watkins Jr. 21 Januari 2005 | ||||||||||||
| Warganegara | Amerika Syarikat | ||||||||||||
| Pekerjaan | |||||||||||||
| Tahun aktif | 2016 - kini | ||||||||||||
| Maklumat YouTube | |||||||||||||
| Saluran | |||||||||||||
| Genre | |||||||||||||
| Pelanggan | 45 juta | ||||||||||||
| Jumlah tontonan | 10 bilion | ||||||||||||
| |||||||||||||
| Dikemaskini pada 24 September 2025 | |||||||||||||
| Laman web rasmi | ishowspeed | ||||||||||||
Darren Jason Watkins Jr. (juga dikenali dengan sebutan IShowSpeed)[1] (lahir 21 Januari 2005)[2] ialah seorang penyanyi, rapper, selebriti internet, dan YouTuber Amerika Syarikat, berasal dari Ohio. Dikenal dengan larinya yang secara bakat memang sangat cepat, dia juga menyanyikan muzik dengan nuansa pop, hip-hop, dan rap. Di saluran YouTubenya, yang diwujudkan pada Mac 2016, Watkins Jr. telah memiliki sekitar 45 juta langganan serta telah ditonton lebih dari 10 bilion kali.[3]
IShowSpeed juga dikenal beradu lari dengan beberapa atlet seperti Ashton Hall (atlet ragbi) dan Noah Lyles (atlet lari, pemenang Olimpik).[4] Tyreek Hill seorang atlet ragbi Amerika Syarikat dengan rekod lari tercepat ketika ini, mengejek Watkins Jr. sebagai seorang yang penakut dan takut berlari melawannya.[5][6]
Kehidupan awal
Darren Jason Watkins Jr. lahir pada 21 Januari 2005, di Cincinnati, Ohio.[7] Ayah IShowSpeed ialah Darren Watkins Sr. yang lahir pada 1983.[8] Selain gaming, di awal kerjayanya dia diketahui membuat strim mengenai informasi pemain NBA.
Lawatan di Asia Tenggara
IShowSpeed telah melawat Kuala Lumpur, Malaysia pada 17 September 2024.[9] Pada lawatannya, IShowSpeed telah melakukan strim di sekitar pasar raya di Bukit Bintang seperti Pavilion Kuala Lumpur dan mencuba makanan Malaysia seperti nasi lemak, tempoyak dan burger ramly. Watkins Jr. juga sempat berjumpa dengan Isa Isarb, Alieff Irfan dan juga Roy Bundle semasa siaran itu berlangsung. Di tahun yang sama, dia juga melawat ke Vietnam, Kemboja dan Indonesia.[10] Dia juga diketahui memakan banh mi, sejenis sandwic ala Vietnam.[11] Ketua Distrik 1 Hanoi, Le Duc Tranh meminta maaf kepada IShowSpeed kerana beberapa pedagang di daerah pentadbirannya menjual barang dengan harga lebih mahal kepadanya.[12]
Di Indonesia, IShowSpeed melawat ke Jakarta dan Bali. Tampak kekecewaan yang berat daripada fansnya, ketika kepergiannya ke Papua secara mengejutkan dibatalkan. Mamat Alkatiri seorang penggiat YouTube Indonesia juga kecewa dengan hal ini.[13]
Kerjaya

Pada 2020, jumlah pengikut Watkins Jr. tidak sampai 10.000. Dia beberapa kali telah disekat oleh Twitch dan Tiktok, berganti-ganti akaun. Nama IShowSpeed menjadi terkenal selepas merakamkan lagu dan strim semasa Piala Dunia FIFA 2022.[14] Kotaku menyebut naiknya kepopularan Watkins Jr. di YouTube pada temasya sukan itu sebagai "fenomeno". Dia berjaya memenangi The Streamer Award 2024 dan diiktirafkan sebagai pempengaruh terbaik antarabangsa di tahun itu.[3]
IShowSpeed dikenal berkongsi dengan beberapa penstrim antarabangsa terkenal seperti KSI, Kai Cenat, Ray J dan Adin Ross. Adin pernah menawarkan Watkins Jr. untuk menyertai platform strim Kick bersamanya.[15]
Kontroversi
Pada 23 Februari 2024, Watkins Jr. menyertai "Match for Hope 2024", sebuah kejohanan kecil Stadium Ahmad bin Ali, Qatar, dia bermain untuk Team Chunkz. Watkins Jr. menerima hujatan keras selepas bergaya dengan mencampakan Kaka.[16][17] Ian Wright, seorang pemain Arsenal yang telah bersara mengatakan bahawa "orang seperti ini tidak pantas untuk bermain lagi."[18]
Rujukan
- ^ "IShowSpeed" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-01-06.
- ^ Tsiaoussidis, Alex. "No slowing down: IShowSpeed is fastest growing streamer on YouTube right now". Dot Esports. Dicapai pada 2023-01-06.
- ^ a b "iShowSpeed smashes into setup; bleeds on stream after hitting 40M YouTube subs: 'Nothing prepared me for this'". The Indian Express (dalam bahasa Inggeris). 2025-06-06. Dicapai pada 2025-09-23.
- ^ Trujillo, J. Arturo (2025-07-19). "Tyreek Hill disses Robert Griffin III and calls out IShowSpeed for racing retired players". MARCA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-23.
- ^ ""Stop ducking me, dawg!": NFL star Tyreek Hill fires up challenge to IShowSpeed for Miami Showdown". The Times of India. 2025-06-15. ISSN 0971-8257. Dicapai pada 2025-09-23.
- ^ "What's Behind IShowSpeed's Mini-Hiatus From Live Streaming?" (dalam bahasa Inggeris). 2025-07-23. Dicapai pada 2025-09-24.
- ^ Adeaga, Favour (2024-11-12). "IShowSpeed's net worth: How did the YouTuber become so rich? - Briefly.co.za". briefly.co.za (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-23.
- ^ "Watkins Sr". doi.org. Dicapai pada 2025-09-24.
- ^ "IShowSpeed In Malaysia: When Celebrity Status Sparks Massive Fan Mob | TRP". https://www.therakyatpost.com/ (dalam bahasa Inggeris). 2024-09-18. Dicapai pada 2025-09-23. External link in
|website=(bantuan) - ^ vietnam.vn (2024-09-15). "Streamer IshowSpeed 'ditipu', Kota Ho Chi Minh perlu menyiapkan layanan pariwisata yang lebih terorganisir". vietnam.vn (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-09-23. zero width space character in
|title=at position 21 (bantuan) - ^ News, VietNamNet. "Báo VietnamNet". VietNamNet News (dalam bahasa vietnamese). Dicapai pada 2025-09-23.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ News, VietNamNet. "Báo VietnamNet". VietNamNet News (dalam bahasa english). Dicapai pada 2025-09-23.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Kronologi Kegagalan IShowSpeed Gelar Siaran Langsung di Papua, Penerbangan Dibatalkan 2 Kali". Tempo (dalam bahasa Indonesia). 2024-09-24. Dicapai pada 2025-09-23.
- ^ IShowSpeed (2022-11-04), IShowSpeed - World Cup (Official Music Video), dicapai pada 2025-09-24
- ^ Mundia, Khizar (2025-07-18). "Kick offered big stream deal to Adin Ross, iShowSpeed, Kai Cenat". win.gg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-24.
- ^ Vertelney, Seth. "Kaka obliterated by tackle from streamer in charity match". Pro Soccer Wire (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-23.
- ^ Victor, Tom (2024-02-23). "IShowSpeed chops down Kaka with horror tackle from behind to leave fans furious". Daily Mirror (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-23.
- ^ "Arsenal legend slams IShowSpeed after horror tackle on Kaka in charity match". Metro (dalam bahasa Inggeris). 2024-02-25. Dicapai pada 2025-09-23.
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: IShowSpeed. |








