Internet Corporation for Assigned Names and Numbers (en) | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | ICANN |
Cogan kata | One World. One Internet. |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan bukan untung |
Fokus | Menguruskan nombor Protokol Internet dan Sistem Nama Domain |
Bidang | Teknologi maklumat, capaian, penapisan, demokrasi, Jurang digital, Hak digital, Kebebasan maklumat, Internet phenomenon, Keberkecualian internet, privasi, sosiologi, penggunaan, Tadbir urus Internet |
Tapak web | www.icann.org |
Sejarah | |
Ditubuhkan | 18 September 1998 |
Pengasas | Jon Postel |
Pengurusan | |
Ketua pegawai eksekutif | Göran Marby |
Tokoh penting | Göran Marby (CEO dan Presiden), Cherine Chalaby (Chair of the Board) |
Perangkaan | |
Hasil/pendapatan | 129,300,000 euro (2020) |
Kakitangan/pekerja | 388 (2020) |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Los Angeles, California, Amerika Syarikat |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |
ICANN (Internet Corporation for Assigned Names and Numbers) ialah sebuah perbadanan yang diasaskan pada 18 September 1998 dan diperbadankan pada 30 September 1998[1] dengan tujuan menyelia sebilangan tugasan berkaitan Internet yang pernah dilaksanakan secara langsung bagi pihak kerajaan Amerika Syarikat oleh pertubuhan-pertubuhan lain, khususnya Internet Assigned Numbers Authority (IANA). Ibu pejabatnya terletak di Marina Del Rey, California, Amerika Syarikat.
Antara tugas-tugas yang dipikul oleh ICANN termasuk tanggungjawab peruntukan ruangan alamat protokol Internet (IP), penguntukan pengecam protokol, pengurusan sistem nama domain peringkat tinggi umum (gTLD) dan kod negara (ccTLD), dan fungsi-fungsi pengurusan sistem pelayan akar. Secara amnya, ICANN bertanggungjawab menguruskan penguntukan nama domain dan alamat IP. Kini, kebanyakan tugas ICANN adalah berkenaan pengenalan domain peringkat tinggi baru (TLD). Kerja-kerja teknikal ICANN dipangil fungsi IANA.
Prinsip-prinsip operasi utama ICANN disifatkan sebagai membantu memelihara kestabilan pengendalian Internet; memupuk persaingan; meluaskan masyarakat Internet sedunia; dan membangunkan dasar-dasar yang selaras dengan misinya melalui proses-proses berasaskan kesepakatan dari peringkat bawah ke atas.[2]
Pada 29 September 2006, ICANN menandatangai perjanjian baru dengan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (DOC) yang menggerakkan pertubuhan swasta ini ke arah pengurusan sepenuhnya bagi sistem pengecam terselaras pusat di Internet melalui model rundingan pelbagai pihak yang diwakili oleh ICANN.[3]
Rujukan
- ^ California Secretary of State, Internet Corporation for Assigned Names and Numbers Diarkibkan 2007-03-21 di Wayback Machine. Accessed 2009.09.18.
- ^ "MEMORANDUM OF UNDERSTANDING BETWEEN THE U.S. DEPARTMENT OF COMMERCE AND INTERNET CORPORATION FOR ASSIGNED NAMES AND NUMBERS". 25 Nov 98. Dicapai pada 2009-09-30. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ ICANN-DOC JPA 09-29-2006
Pautan luar
- ICANN website
- Memorandum of Understanding Between the Department of Commerce and the Internet Corporation for Assigned Names and Numbers
- ICANNWatch
- Site advocating the return of public representation in ICANN
- VeriSign Domain Report - Quarterly analysis of global domain name market
- DailyChanges.com — a free ICANN Registrar Statistics website