![]() | |
![]() | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | IAEA ![]() |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ![]() |
Anggota bagi | Gabungan Pemeliharaan Digital, Persatuan Penerbit Saintifik, Teknikal dan Perubatan Antarabangsa ![]() |
Bahasa rasmi | Bahasa Rusia, bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Sepanyol, bahasa Arab, bahasa Cina ![]() |
Tapak web | www![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Sejarah | |
Ditubuhkan | 1957 ![]() |
Pengurusan | |
Pengarah/pengurus | Rafael Grossi ![]() |
Pertubuhan induk | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ![]() |
Subsidiari | Rangkaian Perpustakaan Nuklear Antarabangsa, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa - Trieste ![]() |
Perangkaan | |
Belanjawan | 380,000,000 euro (2021) ![]() |
Kakitangan/pekerja | 2,500 (2021) ![]() |
Anugerah | |
Hadiah Keamanan Nobel (2005) ![]() | |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Vienna ![]() |
Lokasi | |
Koordinat | 48°14′2″N 16°24′58″E ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan berautonomi pada 29 Julai 1957. Pertubuhan ini bertujuan mempromosikan penggunaan secara aman tenaga nuklear dan meneruskan usaha melarang penggunaan tenaga nuklear bagi tujuan ketenteraan. Presiden Amerika Syarikat, Dwight D. Eisenhower dalam ucapannya ketika Perhimpunan Agung PBB tahun 1953, berkata penciptaan pertubuhan ini dapat mengawal dan membangunkan tenaga atom. Pertubuhan ini dan Ketua Pengarahnya, Mohamed ElBaradei, dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada 7 Oktober 2005.
Pihak media sering merujuk IAEA sebagai "Badan Pengawas Nuklear PBB".
IAEA berpusat di Vienna, Austria. Dua "Pejabat Keselamatan Serantau" terletak di Toronto, Kanada; dan Tokyo, Jepun. IAEA mempunyai dua pejabat lain, satu terletak di New York, AS; dan satu terletak di Geneva, Switzerland. Tambahan pula, IAEA mempunyai makmal-makmal di Seibersdorf dan Vienna, Austria; Monaco; dan Trieste, Itali.
Sejarah
IAEA berkhidmat sebagai forum inter-kerajaan bagi kerjasama saintifik dan teknikal dalam penggunaan secara aman teknologi nuklear di seluruh dunia. Program-program IAEA menggalakkan pembangunan aplikasi teknologi nuklear, pengawalan antarabangsa bagi penyalahgunaan teknologi ini dan menyediakan langkah-langkah keselamatan semasa penggunaan teknologi ini. IAEA menggembangkan lagi usaha-usaha keselamatan nuklear selepas berlakunya tragedi Chernobyl pada tahun 1986.
IAEA diketuai oleh Hans Blix dari tahun 1981 hingga 1997. Ketua Pengarah IAEA terkini ialah Mohamed ElBaradei dari Mesir. Semasa Persidangan Agung yang ke-49, ElBaradei telah disahkan memegang jawatan Ketua Pengarah sehingga tahun 2009.
Misi
Agensi ini secara umumnya mempunyai tiga misi utama:[1]
- Mengalakkan penggunaan tenaga nuklear yang selamat dalam kalangan negara-negara anggotanya,
- Mengenakan langkah keselamatan sebaai pengesahan bahawa tenaag nuklear tidak digunaakn untuk tujuan ketenteraan, serta,
- Memaklumkan piawaian tinggi untuk keselamatan menggunakan tenaga tersebut.
Keahlian
Kebanyakan ahli-ahli PBB termasuk Kota Vatikan mmenganggotai agensi ini. Pihak yang tidak menyertai:
Andorra
San Marino
Turkmenistan
Nepal
Bhutan
Laos
Bahrain
Oman
Maldives
Comoros
Somalia
Gambia
Tanjung Verde
Guinea-Bissau
Guinea
São Tomé dan Príncipe
Guinea Khatulistiwa
Congo
Timor-Leste
Rwanda
Burundi
Eswatini
Lesotho
Bahamas
Suriname
Guyana
Trinidad dan Tobago
Grenada
Dominika
Barbados
Antigua dan Barbuda
Saint Lucia
Saint Kitts dan Nevis
Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine
Papua New Guinea
Kepulauan Solomon
Vanuatu
Fiji
Samoa
Tonga
Kiribati
Mikronesia
Tuvalu
Nauru
Negara-negara yang keluar daripada IAEA:
Korea Utara (1974-1994)
Kemboja (1958-2003)
Negara-negara yang masih belum sahkan dokumen pengesahan mereka:
Entiti lain yang tidak diwakili di IAEA:
Ketua-Ketua Pengarah
- W. Sterling Cole (1957–1961)
- Sigvard Eklund (1961–1981)
- Hans Blix (1981–1997)
- Mohamed ElBaradei (1997–2009)
- Yukiya Amano (2009 – kini)
Pautan luar
- (Inggeris) Laman web IAEA
- (Inggeris) In Focus : IAEA dan Iran
- (Inggeris) Buletin IAEA
- (Inggeris) Sejarah IAEA: 40 tahun yang pertama, David Fischer, 1997, ISBN 92-0-102397-9
- ^ "The IAEA Mission Statement". IAEA. Dicapai pada 29 January 2012.