Jenis/bentuk sah | Awam (Hangul: 현대삼호중공업, Hanja: 現代三湖重工) |
---|---|
Industri | Pembinaan kapal |
Ditubuhkan | 1998 |
Ibu pejabat | Samhoeup, Yeongam, Jeolla Selatan, Korea Selatan |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting | Kim Hyun-kwan (Presiden & CEO) |
Keluaran | Kapal, Sistem Pengendalian Kren & Derek, Instrumen & Pelantar Laut |
Jumlah aset | KRW 200 bilion |
Bilangan kakitangan | 11.000 (2011) |
Syarikat induk | Hyundai Heavy Industries Group |
Tapak web | http://www.hshi.co.kr/ |
sunting · sunting di Wikidata |
Hyundai Samho Heavy Industries | |
---|---|
Hangul | (주)현대삼호중공업 |
Hanja | (株)現代三湖重工業 |
Perumian Semakan | Hyeondae Samho Junggongeop |
McCune–Reischauer | Hyŏndae Samho Chunggongŏp |
Hyundai Samho Heavy Industries Co., Ltd. (disingkat HSHI, Hangul : 현대삼호중공업/Hyundai Samho Junggongup/, Hanja : 現代三湖重工業) ialah pembuat kapal terbesar keempat di dunia, yang menghasilkan sekitar 40 kapal setiap tahun. Dok kapal milik syarikat ini terletak di Samho-eup, Yeongam, Korea Selatan.
Sejarah
Syarikat ini ditubuhkan sebagai 'Incheon Shipbuliding (인천조선)' pada tahun 1977 sebagai anak syarikat milik Halla Group (한라그룹). Pengasas Halla Group ialah Chung In-Young, adik Chung Ju-Yung, pengasas Hyundai Group. Dok kapal pertama milik syarikat ini dibangunkan di Incheon, Korea Selatan. Pada tahun 1990, syarikat ini bertukar nama kepada 'Halla Heavy Industries'(한라중공업) dan memindahkan doknya dari Incheon ke Samhoup, yang terletak di Yeongam, Wilayah Jeolla Selatan. Dok baru di Samhoup memiliki luas 3.300.000 meter persegi.
Pada tahun 1997, sepanjang krisis kewangan Asia, syarikat induk Halla Group, yang ketika itu menempati peringkat ke-12 dari segi ekuiti, jatuh bankrap, sehingga anak syarikat juga merosot. Halla Heavy Industries lalu mengajukan perlindungan kebankrapan. Pemerintah Korea kemudian memutuskan untuk menyerahkan pengurusan syarikat ini kepada Hyundai Heavy Industries selama 5 tahun.[1] Syarikat ini juga akan dijual kepada Hyundai Heavy Industries, jika mereka dapat memulihkan keadaan kewangan syarikat.
Pada tahun 1998, RH Heavy Industries (Rothschild Halla Heavy Industries), sebuah syarikat sementara yang mewarisi aset dan hutang Halla Heavy Industries ditubuhkan. Pada tahun 1999, RH Heavy Industries diubah namanya menjadi 'Samho Heavy Industries', dan pada tahun 2003, namanya kembali diubah menjadi 'Hyundai Samho Heavy Industries' setelah dibeli oleh Hyundai Heavy Industries pada tahun 2002. Pada masa ini, Hyundai Heavy Industries memiliki 94, 92 % saham syarikat ini.
Syarikat ini ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1998, kerana pada tahun itu, syarikat itu ditubuhkan semula dengan nama RH Heavy Industries, ketika Rothschild membeli syarikat tersebut untuk sementara waktu.
Rujukan
- ^ "80일간 파업 끝낸 한라중공업 현대重 위탁경영으로 재기발판". 매일경제. 1999-10-28. Dicapai pada 2012-03-08.