Hizbur Rahman | |
---|---|
Nama lahir | Hizbur Rahman bin Haji Omar Zuhdi |
Juga dikenali sebagai | Hizbur Rahman |
Kelahiran | Parit Panjang, Baling, Kedah | 1 April 1983
Berasal dari | ![]() |
Pengkarya berkait | Musim Pertama Imam Muda |
Hizbur Rahman Haji Omar Zuhdi (lahir 1 April 1983) merupakan pemenang kedua program mencari imam generasi muda iaitu Imam Muda.
Naib juara
Pada 30 Julai 2010, Hizbur Rahman dinobat sebagai pemenang kedua program Imam Muda. Majlis pertandingan diadakan di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Beliau menerima hadiah yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Antara hadiahnya ialah pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi, pakej umrah, wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Bandung 4 hari 3 malam dan pakej perabot jati bernilai RM7,000. Selain itu, ada juga sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, iPhone, pakej spa Maghribi, trofi, sijil penyertaan dan kad tauliah daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).[1]
Rujukan
- ^ Asyraf juara Imam Muda Diarkibkan 2010-08-01 di Wayback Machine Utusan Maalaysia