
Reka ulang semula sejarah, lakonan semula sejarah atau gambaran kembali ialah aktiviti pendidikan atau rekreasi di mana peminat sejarah dan penggemar amatur berpakaian dalam pakaian yang tepat tempoh dan mencipta sesuatu peristiwa atau era lampau.[1]
Pelakon reka ulang sejarah biasanya amatur, sesetengah peserta kegiatan ini kadangkala anggota tentera atau ahli sejarah. Peserta kegiatan ini kebiasaannya dikenali sebagai pelakon reka ulang (reenactors) yang sering menyelidik peralatan, pakaian seragam dan peralatan lain yang akan mereka bawa atau gunakan untuk reka ulang sejarah. Mereka juga membeli pakaian atau barang yang mereka perlukan sama ada kedai khusus yakni kedai jahitan, membeli atas talian ataupun membuat barang sendiri. Reka ulang sejarah merangkumi rentang sejarah yang luas, dari zaman peperangan kuno, era peperangan zaman pertengahan, dan peperangan awal moden, sehinggalah yang terkini seperti Perang Dunia, era Perang Dingin, dan juga peperangan moden awal abad ke-21 dalam reka ulang moden.
Rujukan
- ^ "Historical Events". Historical Events (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-11.








