Hilang Dalam Rindu ialah sebuah drama Malaysia 2025 terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Along Kamaludin. Ia dibintangi oleh Jazmy Juma, Tracie Sinidol, Qistina Rania dan Zarif Ghazzi. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 pada 17 Julai 2025 hingga 20 Ogos 2025 menggantikan Baby Papa.
Hilang Dalam Rindu | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Hilang karya Mia Azwari |
Ditulis oleh | Rehal Nuharis |
Pengarah | Along Kamaludin |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan |
|
Lagu penutup |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Penyunting | Suhan Post |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 17 Julai 2025 – 20 Ogos 2025 |
Kronologi | |
Mengikuti | Baby Papa |
Diikuti oleh | Langit Ke Tujuh |
Sinopsis
Sebaik saja dia sedar dari koma, dia dikejutkan dengan sesuatu yang tak masuk akal. Yang dia ingat hanyalah kenangannya di waktu kecil sehingga dia berusia 17 tahun.
“I'm your husband.”- Nadim Eijaz
“Aku memang tak ingat siapa dia. Nak tinggal serumah dengan dia pun aku takut. Aku tak nak jadi isteri dia.”- Aira Nadira
Gila!
Sedar-sedar, dia sudah berusia 27 tahun. Nak tak nak, dia perlu terima statusnya sebagai isteri kepada lelaki berwajah dingin. Sikap kasar lelaki itu membuatkan dia keliru. Ditambah pula dengan layanan buruk yang diterima dari adik iparnya membuatkan dia tertanya-tanya tentang punca gadis itu membencinya.
“Tak cukup kau paksa along kahwin dengan kau, kau buat rumah ni macam harta kau sendiri. Biadap dengan semua orang dalam rumah ni. Paling aku benci, kau kikis duit along aku.”- Nurul
Aira tak mampu terima kenyataan itu. Lantas perpisahan diminta agar dia dapat menamatkan penderitaan Eijaz memperisterikan dia.
“Aku tak akan lepaskan kau. Selagi kau tak ingat, kau akan terus tinggal di sini. Anggap itu satu hukuman atas kesalahan yang kau buat dulu.”- Nadim Eijaz
Aira semakin tertekan. Satu demi satu perkara terbongkar menyebabkan dia semakin takut untuk mengenali Aira yang sekarang.
“Kalau saya diberi pilihan, saya lebih rela tidur untuk selama-lamanya. Apa yang berlaku dalam hidup saya sekarang, satu mimpi ngeri, tuan.”- Aira Nadira
“Mimpi ngeri? Aku dah lama alami semua ni sejak kau masuk dalam hidup aku. Dan sekarang... aku akan pastikan kau menyesal atas pilihan yang kau buat dulu.”- Nadim Eijaz
Apakah yang berlaku terhadap Aira dalam tempoh 10 tahun yang hilang? Dan adakah benar Nadim Eijaz mahu menghukum Aira seumur hidup atas khilaf yang lalu?
Pelakon
Pelakon utama
- Jazmy Juma sebagai Nadim Eijaz
- Tracie Sinidol sebagai Aira Nadira
- Qistina Rania sebagai Hannah
- Zarif Ghazzi sebagai Sarip
Pelakon pembantu
- Nina Smith sebagai Teha
- Sera Melissa sebagai Nurul
- Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Mukhriz
- Shaharuddin Thamby sebagai Datuk Ehsan
- Ayu Azlina sebagai Datin Hamidah
- Fadilah Mansor sebagai Tok Wan
Pelakon sampingan
- Aizat Saha sebagai Muhsin
- Zulkifli bin Mohd Salleh sebagai Pak Abu
- Zaed Abd Hamid sebagai Ketua Kampung
- Airil Hafiz sebagai Fendi
- Afiq Naim Putra sebagai Roy
- Azhar Hisham sebagai Driver
- Badrul MD Origin sebagai Ajis
Trivia
- Ini merupakan kali kedua Jazmy Juma bekerjasama dengan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd selepas Jazmy kerjasama drama adaptasi novel bertajuk Nuh & Nayla yang bergandingan bersama Scha Elinnea
- Gandingan sulung Jazmy Juma & Tracie Sinidol
Pautan luar
TV3: Slot Samarinda, Isnin-Khamis, 10:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Hilang Dalam Rindu | Berikutnya |
Baby Papa | Langit Ke Tujuh |