Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup merupakan siri drama kisah lagenda rakyat yang penuh magis dan misteri. Drama ini ditayangkan pada 14 November 2025 di saluran Astro Ceria, Astro Prima, Astro GO dan Sooka.[1]
| Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup | |
|---|---|
| Ditulis oleh | Amar Amir |
| Pengarah | Shamyl Othman |
Pengarah kreatif | Shamyl Othman |
Dibintangi oleh | Fimie Don Arabella Ellen |
| Lagu tema | Hikayat Arjuni nyanyian Amsyar Lee |
| Negara asal | |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Bilangan episod | 6 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Lina Tan |
| Penerbit | Alice Cornwell Neowcharurn |
Syarikat penerbitan | Red Communications Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Ceria Astro Prima Astro GO Sooka |
| Siaran asal | 14 November 2025 – |
Sinopsis
Mengisahkan nasib malang yang menimpa keluarga Mak Tanjung, apabila suaminya, Pak Kantan, terkorban kerana lemas semasa memancing. Kejadian itu menyebabkan Mak Tanjung dan dua anaknya, Melur dan Pekan, hidup dalam kesusahan.
Kerana terdesak, Mak Tanjung mencari berlian berdekatan kawasan Batu Belah Batu Bertangkup untuk menyara hidup, namun batu berpuaka itu telah menelannya. Melur dan Pekan kemudian terpaksa meninggalkan kampung dan mengembara untuk mencari jalan membebaskan ibu mereka daripada kuasa jahat batu tersebut.
Episod
| Episod | Tajuk | Sinopsis |
|---|---|---|
| 1 | "Ibu Kempunan" | Pak Kantan lemas semasa memancing ikan, meninggalkan Mak Tanjung bersama dua anak kecil, Melur dan Pekan. Kerana terdesak mencari makanan, Mak Tanjung percaya khabar angin tentang berlian dalam batu belah batu bertangkup. |
| 2 | "Bertemu Nek Yan" | Melur dan adiknya Pekan terpaksa meninggalkan kampung halaman selepas kematian ibu mereka kerana ditelan batu belah batu bertangkup. Mereka bertemu dengan Nek Yan dan Tok Tok yang mengajar mereka ilmu bertahan hidup dan pertahanan diri. |
| 3 | "Mencari Pahlawan" | Pekan terpilih untuk menjadi wakil kampung ke pertandingan pahlawan diraja, dan Melur pula tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan bersaing. Pekan berdepan dengan peserta misteri yang sama handal. |
| 4 | "Merawat Raja" | Melur dan Pekan ditahan kerana bergaduh di hadapan Raja Alam Syah. Raja secara tiba-tiba jatuh sakit dan Melur cuba untuk menolong mengubati raja. |
| 5 | ||
| 6 |
Pelakon
Pelakon utama
- Arabella Ellen sebagai Melur
- Fimie Don sebagai Pekan
Pelakon pembantu
- Diana Danielle sebagai Mak Tanjung
- Alif Satar sebagai Pak Kantan
- Elly Mazlein sebagai Nek Yan
- Niezam Zaidi sebagai Raja Alam Syah
- Ezzanie Jasny sebagai Puteri Mayang Mengurai
- Bell Ngasri sebagai Tok Tok
- Wafiy Ilhan sebagai Wan Keding
- Ayez Shaukat sebagai Hercules
Pelakon kanak-kanak
- Qisya Hairulzain sebagai Melur kecil
- Mikael Noah sebagai Pekan kecil
Rujukan
- ^ "Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup". Myinfotaip (dalam bahasa Inggeris). 2025-11-14. Dicapai pada 2025-12-04.








