Ϣⲙⲟⲩⲛ | |
![]() Basilika Hermopolis | |
Nama alternatif | الأشمونين |
---|---|
Lokasi | El Ashmunein, Kegabenoran Minya, Mesir |
Wilayah | Mesir Hulu |
Koordinat | 27°46′53″N 30°48′14″E / 27.78139°N 30.80389°E |
Jenis | Penempatan |
Perincian tapak | |
Keadaan | Dalam reruntuhan |
Hermopolis[1] (atau Hermopolis Magna; Jawi: هيرموڤوليس) merupakan sebuah bandar utama pada zaman purba, terletak berhampiran sempadan antara Mesir Hilir dan Mesir Hulu. Nama Mesirnya Khemenu berasal daripada lapan dewa (Ogdoad) yang dikatakan mendiami bandar ini.

Sebagai ibu kota wilayah sejak Kerajaan Lama Mesir, Hermopolis berkembang menjadi bandar utama Mesir Rom, dan pusat Kristian awal dari abad ketiga. Ia ditinggalkan selepas Penaklukan Islam ke atas Mesir tetapi dipulihkan sebagai kedua-dua Katolik Latin (kini ditindas) dan takhta bergelar Ortodoks Qibti.
Runtuhannya terletak berhampiran bandar moden el-Ashmunein (daripada nama Qibti[2]) di Mallawi, Kegabenoran Minya, Mesir.
Nama
| |||||
ḫmnw[3] dalam hieroglif Mesir | |||||
---|---|---|---|---|---|
Era: Kerajaan Pertengahan (2055–1650 SM) | |||||
Nama Inggeris yang lazim ialah Hermopolis (Yunani Purba: Ἑρμούπολις Hermoúpolis "Bandar Hermes", juga Hermopolis Magna, Ἑρμοῦ πόλις μεγάλη Hermoû pólis megálẽ,[4] Mesir Purba: ḫmnw, lit. 'Lapan' /χaˈmaːnaw/ (sebutan rekonstruksi), sebutan Egiptologi: "Khemenu"; Qibti: Ϣⲙⲟⲩⲛ Shmūn, dan seterusnya Arab: الأشمونين, rumi: al-Asymunain, lit. 'Dua Shmun').
Khemenu (Ḫmnw), nama bahasa Mesir bandar ini,[5] bermaksud "Bandar Lapan", merujuk kepada Ogdoad, sekumpulan lapan dewa "purbakala" yang kultusnya terletak di sana. Nama ini terselamat sebagai Qibti Ϣⲙⲟⲩⲛ Shmun, daripada mana nama moden el Ashmunein (Arab: الأشمونين) berasal.[2]
Dalam Bahasa Yunani Koine, bandar ini dipanggil "Bandar Hermes" kerana orang Yunani menyamakan Hermes dengan Thoth, kerana bandar ini pusat kultus utama Thoth, dewa sihir, penyembuhan, dan kebijaksanaan serta penaung jurutulis Mesir purba. Thoth disetarakan dengan cara yang sama dengan dewa Phoenicia Eshmun. Inskripsi-inskripsi di kuilnya memanggil dewa ini "Tuan Eshmun".[6]
Sejarah

Bandar ini merupakan ibu kota nomos Hare (daerah kelima belas nomos Mesir Hulu) dalam Heptanomis. Hermopolis terletak di sempadan Mesir Hulu dan Mesir Hilir, dan, selama berabad-abad, Thebaid atau wilayah atas meluas lebih jauh ke utara berbanding zaman terkini. Sebagai bandar sempadan, Hermopolis merupakan tempat yang begitu dikunjungi dan makmur, kedua terpentingnya selepas Thebes. Sedikit ke selatan bandar ini terletaknya kubu Hermopolis, di mana kapal sungai dari Thebaid membayar tol (Ἑρμοπολιτάνη φυλακή,[7] Bahr Yussef dalam Bahasa Arab). Gua Beni Hasan, berhampiran Antinoöpolis di tebing bertentangan Nil, merupakan tanah perkuburan bagi penduduk Hermopolis kerana walaupun sungai memisahkan bandar dari nekropolisnya, dengan lengkungan bukit-bukau barat yang luas di titik ini, lebih mudah untuk bawa mayat menyeberangi berbanding mengangkutnya melalui darat ke bukit.
Hermopolis menjadi bandar penting dalam provinsi Rom Thebais Prima dalam pentadbiran keuskupan Mesir.
Dewa-dewi Mesir utama yang disembah di Hermopolis ialah Typhon (Set) dan Thoth. Typhon diwakili oleh badak air, di atasnya duduk helang yang sedang bertarung dengan ular.[8] Thoth, yang oleh orang Yunani purba dikaitkan dengan Hermes kerana kedua-duanya merupakan dewa sihir dan penulisan, diwakili oleh burung sekendi.
Sejarah gereja
![]() |
Riwayat Kristian menyatakan ia tempat di mana Keluarga Suci mendapat perlindungan semasa pengasingan mereka di Mesir.
Hermopolis Maior merupakan keuskupan sufragan bagi Metropolitan Keuskupan Agung Antinoe, di bawah Patriarkat Iskandariah. Seperti kebanyakan yang lain, ia memudar di bawah Islam.
Senarai biskop Hermopolis:
- Conon (sekitar 250)
- Fasileus (pada 325)
- Dios (sekitar 350)
- Plusianus (abad ke-4)
- Andreas (pada 431)
- Gennadius (sekitar 444 - selepas 449)
- Victor (sekitar 448/463)
- Ulpianus (abad ke-6)
- Johannes I (abad ke-6)
- Johannes II (abad ke-6-7)
- Isidorus (abad ke-7)
- Eugenius (?)
- Paulus (?)
Bandar ini merupakan keuskupan bergelar dalam Gereja Katolik Rom,[9] dan masih (?) dalam Gereja Ortodoks Qibti. Keuskupan ini dipulihkan pada nama sahaja pada abad ke-18 sebagai Keuskupan bergelar Latin Hermopolis Maior (Latin; 1925-1929 dinamakan semula Hermopolis Magna) / Ermopoli Maggiore (Itali Kuria) Wilayahnya ditugaskan semula pada 1849 kepada Eparki Katolik Qibti Mina, sebagai pemulihan Hermopolis (seperti yang dibuktikan oleh gelaran Latinnya).
Pada 1949, keuskupan bergelar ini ditindas, setelah mempunyai penyandang berikut, dengan semuanya berpangkat Episkopal (terendah):
- Luigi Antonio Valdina Cremona (1729.03.23 – meninggal 1758.10.24) (Itali) tiada prelatur sebenar direkodkan
- Dominik Józef Kiełczewski (1760.07.21 – meninggal 1776.02.28) sebagai Biskop Pembantu Keuskupan Katolik Chełm (Poland) (1760.07.21 – bersara 1775.07.14) dan dalam emeritus
- Biskop terpilih? Bernardo Maria Serio (1802.08.09 – meninggal ?) sebagai Biskop Pembantu Keuskupan Agung Palermo (Sicily, Itali) (1802.08.09 – ?)
- Denis-Antoine-Luc de Frayssinous (Perancis) (1822.04.19 – meninggal 1841.12.12) tiada prelatur sebenar direkodkan
- Antoni Melchior Fijałkowski (1842.01.27 – 1856.09.18) sebagai Pentadbir Apostolik Keuskupan Agung Warszawa (Warschau, Poland) (1844 – 1856.09.18); kemudian menjadi Uskup Agung Metropolitan Warszawa (1856.09.18 – 1861.10.05)
- Agostino Franco (1858.06.15 – meninggal 1877) sebagai Ordinary Silicia bagi Italo-Albanese (Itali) (1858.06.15 – 1859) dan Ordinary Italia continentale bagi Italo-Albanese (Itali) (1858.06.15 – 1860)
- Charles-Bonaventure-François Theuret (1878.07.15 – 1887.03.15) sebagai Pentadbir Apostolik Biara nullius Subiaco Benedictine Biara Saints-Nicholas-et-Benoît (Monaco) (1878.07.15 – 1887.03.15); kemudian (lihat naik pangkat) Biskop pertama Monaco (Monaco) (1887.03.15 – meninggal 1901.11.11)
- Bapa Jan Ignacy Korytkowski (1888.04.27 – 1888.05.14) sebagai Biskop Pembantu Keuskupan Agung Gniezno (Gnesen, Poland) (1888.04.27 – 1888.05.14)
- Raphael Valenza (1889.05.24 – meninggal 1897.12.22) sebagai Biskop Pembantu Keuskupan Agung Chieti (Itali) (1889.05.24 – 1897.12.22)
- Robert Brindle (1899.01.29 – 1901.12.06) sebagai Biskop Pembantu Keuskupan Agung Westminster (England, UK) (1899.01.29 – 1901.12.06); kemudian Biskop Nottingham (England) (1901.12.06 – 1915.06.01), emeritus sebagai Biskop Titular Tacapæ (1915.06.01 – meninggal 1916.06.27)
- Juan Bautista Benlloch y Vivo (1901.12.16 – 1906.12.06) sebagai Pentadbir Apostolik Solsona (Sepanyol) (1901.12.16 – 1906.12.06); kemudian Biskop Urgell (Sepanyol) (1906.12.06 – 1919.01.07), Uskup Agung Metropolitan Burgos (Sepanyol) (1919.01.07 – meninggal 1926.02.14), dicipta Kardinal-Paderi S. Maria in Ara Coeli (1921.06.16 – 1926.02.14)
- John Jeremiah Lawler (1910.02.08 – 1916.01.29) sebagai Biskop Pembantu Keuskupan Agung Saint Paul (AS) (1910.02.08 – 1916.01.29); kemudian Biskop Lead (1916.01.29 – 1930.08.01), Biskop Rapid City (AS) (1930.08.01 – meninggal 1948.03.11)
- Giorgio Glosauer (1917.07.07 – meninggal 1926.06.09) sebagai Biskop Pembantu Keuskupan Agung Praha (Prague, Republik Czech) (1917.07.07 – 1926.06.09)
- Eduardo José Herberhold, Friars Minor (O.F.M.) (1928.01.07 – 1931.01.30) sebagai Biskop Koadjutor-Prelat Prelatur Wilayah Santarem (Brazil) (1928.01.07 – 1931.01.30); kemudian Biskop Ilhéus (Brazil) (1931.01.30 – meninggal 1939.07.24)
- Francesco Fulgenzio Lazzati, O.F.M. (lahir Itali) (1931.07.14 – 1932.05.24) sebagai Vikar Apostolik Mogadishu (ketika itu Somalia Itali) (1931.07.14 – 1932.05.24).
Runtuhan
Hermopolis secara relatifnya terlepas daripada peperangan yang kerap berlaku, yang pada kemerosotan kedua-dua era Firaun dan Empayar Rom, telah memusnahkan Heptanomis; akan tetapi, strukturnya sebaliknya telah mengalami perubahan yang teruk di bawah pemerintah Muslim, yang telah membakar batu-batannya untuk kapur atau membawanya pergi sebagai bahan binaan.[10] Papirus Oxyrhynchus yang masih terpelihara dari abad ke-3 M menunjukkan bahawa bangunan-bangunan tinggi dengan tujuh tingkat dahulu wujud di bandar ini.[11] Koleksi papirus Arab di Perpustakaan John Rylands, Manchester, mengandungi banyak dokumen yang merujuk kepada Hermopolis (Ushmun); ia bertarikh dari abad ke-8 hingga ke-11 M.[12]
Kuil
Dewa Thoth, dengan simbol-simbol yang mengiringinya, Ibis dan monyet Cynocephalus, adalah yang paling jelas menonjol dalam ukiran di serambi besar kuil Hermopolis. Gelarannya dalam inskripsi ialah "Tuan Eshmoon". Serambi ini merupakan hasil kerja era Firaun tetapi menara-menaranya dari zaman Ptolemy di Hermopolis adalah pada skala yang sangat besar dan megah dan, walaupun didirikan oleh raja-raja Yunani, pada dasarnya ia Mesir dalam konsep dan pelaksanaannya.
Serambinya, satu-satunya tinggalan kuil, terdiri daripada dua barisan tiang, enam dalam setiap barisan. Arkitraf dibentuk daripada lima buah batu; setiap satu melintasi dari pusat satu tiang ke pusat yang berikutnya, mengikut penggunaan yang terkenal dengan pembina Mesir. Jarak antara tiang tengah lebih luas daripada yang lain; dan batu di atas tengah adalah sepanjang dua puluh lima kaki dan enam inci. Tiang-tiang ini dicat dengan jalur kuning, merah dan biru secara bergantian. Terdapat juga keistimewaan dalam tiang-tiang serambi Hermopolis yang unik, atau sekurang-kurangnya hanya ditemui semula di kuil Gournou. (Dénon, L'Egypte, plat 41.) Daripada dibentuk daripada satu jisim besar yang diletakkan secara mendatar di atas satu sama lain, ia terdiri daripada kepingan-kepingan yang tidak sekata, disesuaikan dengan begitu bijak sehingga sukar untuk mengesan garis sambungan. Tapak tiang-tiang ini mewakili daun bawah teratai; seterusnya datang beberapa cincin sepusat, seperti gelung tong; dan di atas ini, tiang-tiang kelihatan seperti serumpun buluh yang diikat bersama. Termasuk kepala tiang, setiap tiang adalah kira-kira 40 kaki tinggi; lilitan yang terbesar adalah kira-kira 281⁄2 kaki, kira-kira lima kaki dari tanah, kerana ia lebih runcing hampir ke tapak dan ke arah kepala tiang. Bahagian terlebar jarak di antara tiang-tiang adalah 17 kaki; tiang-tiang lain adalah 13 kaki jaraknya.
Basilika Qibti
Di luar kompleks kuil berdiri runtuhan basilika,[13] dibina pada abad ke-5 di atas bangunan sebelumnya.[14] Ia merupakan salah satu bangunan Qibti yang paling mengagumkan:[15] panjang 55 m, ia menampilkan sayap bertiang yang berakhir dalam eksedra dan galeri sisi. Ruang ibu dengan apse adalah 14.7 m lebar, dan lebar lorong adalah 5.6 m.[16] Gereja ini ditemui pada 1942 oleh Moharam Kamal,[17] kemudian dibersihkan oleh ekspedisi dari Universiti Iskandariah, dan pada tahun 1987–1990 didokumentasikan oleh ekspedisi Poland-Mesir dari Pusat Arkeologi Mediterranean Universiti Warsaw, Bengkel Negara untuk Pemuliharaan Warisan Budaya, dan Kementerian Antikuiti Mesir.[14]
Muzium
Kini terdapat sebuah muzium terbuka kecil di mana berdiri dua patung besar Thoth sebagai seekor babun yang menyembah matahari, dan beberapa blok batu yang diukir.
Tokoh terkenal
Lihat juga
Rujukan
- ^ (Ammianus Marcellinus, II 16)
- ^ a b G. Mussies dalam: Matthieu Sybrand Huibert, Gerard Heerma van Voss (eds.), Studies in Egyptian Religion: Dedicated to Professor Jan Zandee (1982), p. 92.
- ^ Gauthier, Henri (1927). Dictionnaire des Noms Géographiques Contenus dans les Textes Hiéroglyphiques Vol. 4. m/s. 176.
- ^ "Great Hermopolis", untuk membezakan dengan Lesser Hermopolis, cth. Stephanus of Byzantium s.v. Ἑρμοῦ πόλις; Ptolemy IV 5. § 60. Antonine Itinerary pp. 154f.
- ^ Ian Shaw & Paul Nicholson, The Dictionary of Ancient Egypt, British Museum Press, 1995. p.125
- ^ "Smith's Dictionary of Greek and Roman Geography". artflx.uchicago.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2012. Dicapai pada 2 February 2022.
- ^ Strabo xvii. p. 813; Ptol. loc. cit.
- ^ Plut. Is. et Osir, p. 371, D.
- ^ "Hermopolis Magna". Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton Company. 1913.
- ^ Wikisource. . Littell's Living Age – melalui
- ^ Papirus Oxyrhynchus 2719, dalam: Katja Lembke & Cäcilia Fluck, Günter Vittmann, Ägyptens späte Blüte. Die Römer am Nil, Mainz 2004, ISBN 3-8053-3276-9, p. 29
- ^ Margoliouth, D. S. (1933) Katalog Papirus Arab dalam Perpustakaan John Rylands, Manchester. Manchester: Perpustakaan John Rylands
- ^ "Arkeologi B.C.: Ashmunein". www.bcarchaeology.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-10-22. Dicapai pada 2020-06-22.
- ^ a b "Ashmunein". pcma.uw.edu.pl. Dicapai pada 2020-06-22.
- ^ Barański, Marek (1992). "Ekskavasi di tapak basilika di el-Ashmunein/ Hermopolis magna pada 1987–1990" (PDF). Arkeologi Poland di Mediterranean. 3.
- ^ Barański, Marek. "Pemuliharaan basilika Kristian awal di Aszmunein" (PDF). Pemuliharaan Monumen. 43.
- ^ Moharam Kamal, Ekskavasi di Agora El Ashmunein. ASAE - Annales du Service des Antiquités de l'Égypte 46/1 947, 289–295
- ^ "St. David dari Hermopolis di Mesir - Gereja Ortodoks di Amerika". Oca.org. Dicapai pada 2017-03-19.
Sumber dan pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hermopolis |
- Siluet kuil Hermopolis Magna-daripada A History Of Egypt Volume V oleh J Graflon Milne diambil 20:34GMT 27.9.11
- GCatholic - (bekas &) takhta bergelar Latin
- Sayed Hemeda, Abdulrahman Fahmy, Abbas Moustafa, Mahmoud Abd El Hafez,The Early Basilica Church, El-Ashmonein Archaeological Site, Minia, Egypt: Geo-Environmental Analysis and Engineering Characterization of the Building Materials, Open Journal of Geology 09/03 (2019)
- Marek Barański. Ekskavasi di tapak basilika di el-Ashmunein/ Hermopolis magna pada 1987–1990. Arkeologi Poland di Mediterranean 3 (1992)
- Bibliografi - Sejarah gereja
- Pius Bonifacius Gams, Series episcoporum Ecclesiae Catholicae, Leipzig 1931, p. 461
- Konrad Eubel, Hierarchia Catholica Medii Aevi, vol. 5, p. 219; vol. 6, p. 234
- Michel Lequien, Oriens christianus in quatuor Patriarchatus digestus, Paris 1740, Vol. II, coll. 595-596
- Gaetano Moroni, Dizionario di erudizione storico-ecclesiastica, Vol. 22, p. 61
- Klaas A. Worp, A Checklist of Bishops in Byzantine Egypt (A.D. 325 - c. 750), in Zeitschrift für Papyrologie und Epigraphik 100 (1994) 283-318