![]() Helmut pada 1986 | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Tarikh lahir | 1 April 1959 | ||
Tempat lahir | Semlac, Romania | ||
Tarikh kematian | 2 Disember 2024 | (umur 65)||
Tempat kematian | Bucharest, Romania[1] | ||
Ketinggian | 193 cm (6 ka 4 in) | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Kerjaya remaja | |||
1974–1975 | Semlecana Semlac[2] | ||
1975–1977 | Şcoala Sportivă Gloria[2] | ||
1977–1978 | UTA Arad[2] | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1977–1978 | → Constructorul Arad (pinjaman)[2] | ||
1978–1982 | UTA Arad | 53 | (0) |
1983–1986 | Steaua București | 80 | (0) |
1989–1991 | Vagonul Arad | ||
1993–1994 | CPL Arad[3] | ||
Pasukan kebangsaan | |||
1981 | Romania B21 | 4 | (0) |
1982 | Romania | 2 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Helmut Duckadam (1 April 1959 – 2 Disember 2024) ialah pemain bola sepak Romania yang telah bersara. Dahulu ia bermain sebagai penjaga gol untuk pasukan kebangsaan Romania.
Helmut digelar oleh penyokong ketika itu dengan sebutan "Wira Seville" kerana prestasinya di Pentas Akhir Piala Eropah 1986, membantu kejayaan Steaua București. Helmut boleh menyelamatkan kesemua empat penalti dalam perlawanan duel sepakan penalti menentang Barcelona. Penampilan Helmut ialah salah satu penampilan penjaga gol terbaik sepanjang sejarah. Dalam 14 tahun kerjayanya, dia mewakili tiga kelab lain di Divizia A Romania.
Dia sering diundang sebagai pundit bola sepak dalam program bertajuk "Fotbal Club" Digi Sport.[4]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Lahir di Semlac, Kaunti Arad dari keluarga berketurunan Jerman marga Swabia, Helmut dikenal sebagai anak yang pantang menyerah. Dia bermain di beberapa kelab kecil tempatan sebelum menyertai kelab di divisyen atas UTA Arad pada 1978. Dia mendapat dua kaps untuk Romania pada 1982 dan menyertai kelab Steaua București.
Helmut ialah salah satu pemain kunci dalam kejayaan Steaua. Bersama dengan kelabnya, dia memenangi dua Divizia A dua kali berturutan. Penampilannya dalam Piala Eropah sungguh memukau mata, pada Pentas Akhir Piala Eropah 1986 menentang FC Barcelona di Seville, 7 Mei 1986. Dia menjaga dengan sangat indah daripada empat sepakan penalti berturutan dari José Ramón Alexanko, Ángel Pedraza, Pichi Alonso dan Marcos. Sehingga kini Helmut ialah pemain yang hanya mampu merekodkannya. Steaua menang selepas Marius Lăcătuș dan Gabi Balint menjaringkan gol penalti. Steaua Bucureşti, kelab yang dipandang sebelah mata semasa itu dari sebuah negara di Eropah Timur telah berjaya menjulang piala kemenangan. Kerana pencapaiannya sepanjang kejohanan, dia mendapat peringkat ke-8 dalam senarai Ballon D'or.[5][6] Selepas perlawanan itu, ia menjaringkan satu gol penalti ke atas AFC Progresul București dalam kejohanan tempatan.[7]
Beberapa minggu selepas perlawanan Piala Eropah, Helmut tiba-tiba jatuh sakit. Doktor mendiagnosa dirinya dengan penyakit darah langka,[8] Helmut terpaksa bersara lebih awal dari pasukan kebangsaan dan Steaua, dia kemudian menyertai Vagonul Arad di divisyen kelas bawah. Semasa menyertai Vagonul Arad, Helmut sering jatuh sakit dan memutuskan untuk menjadi polis dengan pangkat terakhir mejar. Pada tahun 1999, dia menubuhkan akademi bola sepak, nama akademi itu sempena dirinya.[9]
Pada 25 Mac 2008, Helmut dianugerahi oleh Presiden Romania, Traian Băsescu, dengan pingat Ordinul "Meritul Sportiv" – ("The Sportive Merit" Order – class II), atas kemampuannya Steaua boleh memenangi Piala Eropah 1986. Dua tahun kemudian, dia dinamai sebagai salah satu presidem FCSB. Helmut bersara sepenuhnya dari bola sepak pada tahun 2020.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Steaua București[10]
Individual
- Pemain Bola Sepak Romania Terbaik: 1986[11]
- Ballon d'Or: 1986 (peringkat 10 besar, 8)
Kematian
[sunting | sunting sumber]Helmut maut pada 2 Disember 2024, pada umur 65 tahun sebab penyakit darah langka yang dideritanya sejak 1986.[12][13]
Buku
[sunting | sunting sumber]- Duckadam, Helmut (1989). O victorie aplaudată (dalam bahasa Romania). București: Editura Militară. ISBN 978-9-7332-0102-1.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dumitrescu, Radu (2 December 2024). "Legendary Romanian goalkeeper Helmuth Duckadam passes away". Romania Insider (dalam bahasa Romanian). Dicapai pada 2 December 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b c d "Top Interviuri: Helmuth Duckadam". Telekom Sport (dalam bahasa Romanian). 25 May 2020. Dicapai pada 14 June 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Rămas bun, Helmut Duckadam!". UTA Arad (dalam bahasa Romanian). 2 December 2024. Dicapai pada 2 December 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Helmuth Duckadam a împlinit 61 de ani!". DigiSport (dalam bahasa Romanian). 1 April 2020. Dicapai pada 25 October 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Pierrend, José Luis (1 February 2006). "European Footballer of the Year ("Ballon d'Or") 1986". RSSSF. Dicapai pada 15 December 2020.
- ^ "Dumitru Macri, primul fotbalist român nominalizat la Balonul de Aur! Gică Hagi, aproape de succes în 1994" [Dumitru Macri, the first Romanian footballer nominated for the Golden Ball! Gica Hagi, almost successful in 1994] (dalam bahasa Romania). Fanatik.ro. 30 November 2018. Dicapai pada 15 December 2020.
- ^ "Cum era să rămînă Duckadam fără mina" [How was Duckadam to be without a hand]. Gazeta Sporturilor (dalam bahasa Romania). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2011. Dicapai pada 29 April 2011.
- ^ Duckadam inspires Steaua; UEFA.com, 18 April 2006
- ^ "Eroul de la Sevilla, Helmuth Duckadam si-a vazut visul cu ochii" [The hero of Seville, Helmut Duckadam saw his dream with his eyes] (dalam bahasa Romania). Virtual Arad. 28 December 1999. Dicapai pada 26 January 2007.
- ^ "Helmuth Duckadam". SteauaFC.com (dalam bahasa Romania). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 December 2018. Dicapai pada 2 January 2015.
- ^ "Romania – Player of the Year Awards". The Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada 18 January 2018.
- ^ "A murit Helmut Duckadam, legendarul portar al echipei Steaua București". Digi24 (dalam bahasa Romania). 2024-12-02. Dicapai pada 2024-12-02.
- ^ Clarke, Fraser (2 December 2024). "Helmuth Duckadam dead aged 65 as tributes paid to legendary goalkeeper known as the 'Hero of Seville'". Daily Record. Dicapai pada 2 December 2024.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Templat:RomanianSoccer
- Helmut Duckadam di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- (Inggeris) Profil Helmut Duckadam di National-Football-Teams.com
- Templat:Eu-Football.info