| Helang Lang | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Keluarga: | |
Helang, elang dan lang adalah nama-nama yang dipakai kepada jenis burung pemangsa besar dalam kelompok-kelompok Accipitrinae dan Aquilinae dalam keluarga Accipitridae[1][2] serta keluarga Pandionidae.[2]
Ciri-ciri
Helang mempunyai penglihatan yang sangat tajam,[3] biji-biji matanya mempunyai bukaan yang besar mengurangkan belauan cahaya persekitaran yang masuk ke dalamnya.[4] Jarak fokus cahaya yang bertumpu dari biji mata helang lebih panjang daripada jarak dalam biji mata manusia.[3]
Pemangsaan
Helang memakan daging; makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, tupai dan ayam. Terdapat sesetengah helang yang menangkap ikan sebagai makanan utama mereka. Paruh helang tidak bergigi tetapi mempunyai bengkok yang kuat untuk mengoyak daging mangsa. Spesies-spesies burung helang yang memangsakan haiwan besar mempunyai kaki dan kuku besar yang boleh mencengkam dengan kuat.[5] Spesies-spesies helang yang memburu haiwan mangsa yang boleh melarikan diri dengan laju mempunyai kuku yang panjang.[6]
Tabiat
Helang ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Sebagai burung, helang membiak dengan bertelur di dalam sarang yang dibinanya; telur-telurnya yang mempunyai cangkerang keras. Ia menjaga anaknya sehingga mampu terbang.
Helang mempunyai sistem pernafasan yang berkesan dan mampu untuk membekalkan jumlah oksigen yang banyak yang diperlukan ketika terbang. Jantung burung helang terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Galeri
-
Helang Aquila chrysaetos dari pandangan sisi kiri
-
Helang memandang ke arah kanan.
-
Helang mendarat di atas dahan.
-
Helang kelihatan berkomunikasi antara satu sama lain.
-
Bald Eagle dalam kurungan.
-
Helang dengan sarangnya.
-
Bald Eagle memandang ke arah barat.
-
Sea Eagle dari pandangan sisi kiri.
-
Helang sedang mencari mangsa.
-
African Fish Eagle di atas dahan kayu.
Jenis-jenis helang
Rujukan
- ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (Ogos 2024). "Hoatzin, New World vultures, Secretarybird, raptors". IOC World Bird List Version 15.1. Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada 19 Mac 2025.
- ^ a b Wilkinson, Richard James (1932). "lang". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 15-16 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ a b Martin, Graham R. (Januari 1986). "Vision: Shortcomings of an eagle's eye". Nature. 319 (6052): 357. Bibcode:1986Natur.319..357M. doi:10.1038/319357a0. ISSN 1476-4687. PMID 3945316. S2CID 4233018.
- ^ Mitkus, Mindaugas; Potier, Simon; Martin, Graham R.; Duriez, Olivier; Kelber, Almut (2018). "Raptor Vision". Oxford Research Encyclopedia of Neuroscience. Dicapai pada 24 Julai 2025.
- ^ Ferguson-Lees & Christie 2001, m/s. 67–68.
- ^ Ferguson-Lees & Christie 2001, m/s. 67.
Sumber-sumber
- Ferguson-Lees, James; Christie, David A. (2001). Raptors of the World. New York, Amerika Syarikat: Houghton Mifflin Harcourt. ISBN 978-0-618-12762-7.








