Hasryn Hamka adalah seorang Ahli Farmasi Berdaftar (RPh6783) dan Usahawan di Malaysia yang aktif dalam bidang pengurusan farmasi, penyelidikan, latihan, serta pembangunan dasar berkaitan tadbir urus ubat-ubatan dalam sistem kesihatan awam Malaysia. Beliau aktif dalam NGO dan aktif dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.
Latar Belakang Pendidikan
- Ijazah Sarjana Muda Farmasi – Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2005-2008
- Ijazah Sarjana (Amalan Farmasi) – Dalam bidang farmasi dan Pharmacoeconomics
- PhD in Management, UNITAR - Sedang menjalankan penyelidikan PhD berkaitan sistem digital ubat-ubatan, dengan fokus kepada implementasi, kebolehgunaan, penerimaan teknologi, tadbir urus dan keberkesanan aplikasi dalam kalangan pesakit Gen Y.
Kerjaya
Hasryn Hamka memegang jawatan sebagai Penyelaras Penyelidikan & Pembangunan di Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya. Tanggungjawab beliau merangkumi:[1]
- Menyelia projek penyelidikan farmasi di peringkat negeri.
- Memberi bimbingan dan mentoring kepada penyelidik di hospital, klinik kesihatan dan fasiliti farmasi awam.
- Menguruskan pangkalan data latihan pegawai farmasi dan pembantu farmasi.
- Menyelaras kursus, bengkel, latihan serta program pembangunan profesional.
- Menjadi Master Trainer Good Governance for Medicines (GGM) untuk latihan integriti farmasi.
- Memantau Mata CPD (Continuing Professional Development) serta melaksanakan audit pengesahan CPD bagi semua fasiliti kesihatan di bawah Jabatan Kesihatan W.P.KL & Putrajaya.
Penyelidikan dan Kajian
Bidang penyelidikan Hasryn menumpukan kepada:
- Keselamatan penggunaan ubat dalam kalangan pesakit.
- Digital health & Regulatory Technology dalam farmasi.
- Farmasi komuniti dan tadbir urus ubat-ubatan dalam sistem kesihatan awam.
- Budget Impact Analysis (BIA) dan farmakoekonomi dalam penilaian ubat-ubatan.
Beliau telah menghasilkan beberapa kertas kerja, draf soalan kaji selidik, modul untuk latihan, bengkel dan program pembangunan farmasi di peringkat negeri dan kebangsaan.
Minat dan Kepakaran
- Penyelidikan farmasi & tadbir urus kesihatan awam.
- Pengurusan data, latihan & pembangunan profesional pegawai farmasi.
- Teknologi kesihatan digital (digital health) dan peraturan farmasi (regulatory affairs).
- Penulisan kreatif, termasuk menghasilkan novel, cerpen, buku panduan, jurnal dan artikel kesihatan, dan modul-modul latihan pelbagai (soft skill, komunikasi, pengurusan dan pembangunan diri)
Penglibatan NGO & Persatuan
- Ahli Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) – aktif dalam program advokasi farmasi komuniti dan pembangunan profesional farmasi.
- Ahli Eksekutif dan Naib Presiden (Portfolio Kebajikan dan Sosio-Komuniti), Persekutuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) – terlibat dalam program jaringan profesional, kebajikan pelajar dan alumni UiTM, bimbingan kerjaya dan pembangunan pelajar.
- Presiden Persatuan Pelajar Farmasi UiTM (Alumni of UiTM Pharmacy Association - ALPHA)
- Founding Team dan Ahli Lembaga (ALK) Koperasi MyUsahawan Selangor Berhad (KoMUS)
- Pengasas Malaysian Pharmacy Student's Association (MyPSA) pada tahun 2005-2006 yang kini berada di bawah chapter di Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).
- Ahli Persatuan Penulis Johor (PPJ).
- Aktif menyumbang kepada aktiviti NGO, sukan, kesukarelawanan, dan program komuniti di peringkat negeri dan kebangsaan.
Senarai Penerbitan Buku, Jurnal, Artikel dan lain-lain
- Sythesis of 1,4,7,10-Tetraazacyclododecane (Cyclen) Compound for Molecular Study Purposes (Published as Degree Thesis on 2007).
- Evaluation of Energy Requirement Versus Energy Supplied in Parenteral Nutrition Unit (Published at 7th Asia Pacific Pharmaceutical Symposium (APPS) on 27th June – 3rd July 2008 in Chulalongkorn University, Thailand) – Represented Malaysia (Presenter) as Poster Presentation.
- Improving Appropriate Handling of High Alert Medications (HAMs) Among Health Care Professionals (Poster Presentation, HKL)
- Economic Evaluations of Antimicrobial Stewardship Programme: A Systematic Review (Published at J Pharm Pharmaceutical Sciences Journal (www.cspsCanada.org) 20, 397 – 406, 2017).[2]
- Cost Analysis of Technetium 99m (Radioactives) Preparations in National Cancer Institute (NCI), Putrajaya (Published as Masters of Pharmacy Practice Thesis on 2018).
- Factors Associated with The Return of Unused Medications at Government Health Care Facilities in Kuala Lumpur and Putrajaya, Malaysia [3] (Published as Poster Presentation at 11th National Research & Development Pharmacy Conference (27 – 30 September 2021) – Won First Place for Poster Presentation – Optimisation of Service Delivery. Published on Journal of Health Management (JOHM) on 2022
- Buku Panduan 30 Cara Bagaimana Buat Duit Dari Rumah, 2014
- Buku Rahsia 12 Teknik Berpidato Terbongkar, 2016
- Buku Juara Pentas, 2024
- Novel Pelangi Syahadah, 2025 (Penulis bersama ayahanda beliau, Hj Mohd Khairy Hj Halimi)
- Penerbitan artikel di Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka, Akhbar Harian Metro dan beberapa majalah kesihatan.
Pencapaian, Anugerah dan Pingat
- Anugerah Pingat Jasa Terpuji (P.J.T.) (PBSM Malaysia) for service involved actively in disaster missions, floods, management emergencies and accidents in national level. Terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kemasyarakatan.
- Special Leadership Award of the Faculty of Pharmacy Awarded by the Faculty of Pharmacy for the service of leadership of the Association at the University and Malaysian level
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2021
- ^ MOHMAD, ROSNANI BINTI (2024-08-08). "Utama". Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL&P). Dicapai pada 2025-08-21.
- ^ Ibrahim, Nor Haizan; Maruan, Khalidah; Mohd Khairy, Hasryn Azzuar; Hong, Yet Hoi; Dali, Ahmad Fauzi; Neoh, Chin Fen (2017-11-17). "Economic Evaluations on Antimicrobial Stewardship Programme: A Systematic Review". Journal of Pharmacy & Pharmaceutical Sciences. 20 (1): 397. doi:10.18433/J3NW7G. ISSN 1482-1826.
- ^ "Program Perkhidmatan Farmasi". Program Perkhidmatan Farmasi. Dicapai pada 2025-08-21.