Mohammad Harris Shahrul Annuar (lahir 14 Mei 1993) ialah seorang model, pelakon dan pengacara Malaysia.[1][2] Beliau ialah bekas peserta Hero Remaja 2017/18 di mana Harris memenangi tempat ketiga. Harris ialah adik kepada pengacara TV, Nadia Annuar dan sepupu kepada Neelofa.
Beliau sering membuat video pendek di media sosialnya untuk menunjukkan bakatnya kepada industri perfileman dan fesyen.[3] Sebelum menjadi artis, Harris pernah bekerja sebentar di Shell. Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau berkahwin dengan pelakon dan model, Asha Merican pada tahun 2022.