Hantu Volkswagen kuning sering dijadikan buah mulut oleh pengguna-pengguna Lebuhraya Karak. Entiti ini sering dilihat menjelma di sepanjang Lebuhraya Karak. Berdasarkan cerita oleh penduduk setempat, gangguan ini bermula sekitar tahun 80-an ketika seorang pengguna Jalanraya Karak terserempak dengan kenderaan tersebut pada lewat malam. Ia juga telah diadaptasi sebagai sebuah filem arahan Shadan Hashim dan David Teo.
Kisah bermula dari seorang anak lelaki bernama DC Zafril Aniq yang menginginkan sebuah kenderaan Myvi berwarna kuning diraja sempena hadiah hari lahir ke - 18. Akan tetapi, ayahnya yang meminati kenderaan continental telah membelikan sebuah Volkswagen Beetle kuning pada harga RM12,988 dibayar ansuran aeon credit. Anak lelakinya berasa kecewa dan memandu secara tidak berhemah di Lebuhraya Karak tersebut dan akhirnya terlibat dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawanya.
Sehingga kini, terdapat laporan yang entiti ini kerap kali muncul dan memotong kenderaan pengguna jalanraya secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan. Entiti ini dapat dikenalpasti dari lampu tinggi yang digunakan dan membawa joran ultra light dan mesin Stella yang tercucuk keluar dari tingkap pintu belakang kiri.
Antara perkongsian dari penduduk setempat bernama Harith Mursyidi mengatakan bahawa kenderaan Honda Jazznya yang baru sahaja habis dinaik di bengkelpun tidak dapat mengejar Volswagen Kuning berkenaan yang memotongnya biarpun setelah diletakkan dalam “sports mode”.Satu lagi perkongsian dari Encik Faiz Haqiemy mengatakan bahawa ketika dia sedang “superman” di atas motosikal Y-sukunya , dia dipotong oleh sebuah kenderaan Volkswagen Beetle berwarna kuning yang tiba-tiba muncul di belakangnya.