Hanez Suraya  | |
|---|---|
| Kelahiran | Hanez Suraya binti Abdul Aziz 22 Ogos 1985  | 
| Pekerjaan | Pelakon, model | 
| Tahun aktif | 2004–2016 | 
| Pasangan | Romie Razin Adilha (k. 2015) | 
| Anak-anak | 2 | 
Hanez Suraya Abdul Aziz (lahir 22 Ogos 1985) ialah seorang pelakon wanita Malaysia.[1][2] Dari kerjaya lakonannya, Hanez diperkenalkan oleh Rosnani Jamil menerusi filem Bicara Hati yang turut dibintangi oleh Fazura dan Sheera Iskandar. Beliau turut berlakon dalam 3 Janji, dan juga telefilem berjudul Bimbo untuk siaran Astro Ria selain Hidayah Cintaku (TV1) dan Suri (TV3).[3]
Kehidupan peribadi
Hanez Suraya dilaporkan bercinta dengan Syed Ali tetapi Hanez menolak gosip itu.[4]
Pada 25 Mac 2015, Hanez sah menjadi isteri kepada Romie Razin Adilha Abd Rais dengan sekali lafaz. [5] Pasangan ini telah dikurniakan puteri sulung yang diberi nama Puteri Aleesya.[6]
Filemografi
Filem
- 2004: Bicara Hati
 
Drama
- 2008: Ezora
 - 2009: Nenek Kebaya
 - 2011: Bunga April
 - 2011: Terowong: Cinta Sejati
 - 2011: Tanah Kubur (Musim 2: Botoks)
 - 2012: 3 Janji
 - 2012: Suri
 - 2012: Dendam Pencinta
 - 2013: Ruby
 - 2013: Love You Mr. Arrogant
 
Telefilem
- 2008: Cahaya Dari Neraka
 - 2013: Sayangku Damia
 
Rujukan
- ^ Profil Hanez Suraya Diarkibkan 2013-04-17 di Wayback Machine www.buzzera.net. Dicapai pada 30 April 2013.
 - ^ Kurang makan nasi, Hanez Suraya kekal langsing Sinar Harian. Dicapai pada 30 April 2018.
 - ^ Hanez Suraya belum sedia lakon filem Gua.com.my. Dicapai pada 30 April 2014.
 - ^ Hanez Suraya tolak gosip dengan Syed Ali mStar Online (22 Mac 2012). Diperoleh pada 30 April 2012.
 - ^ Mohd Al Qayum Azizi (15 Mac 2015). 'Perkahwinan Bukti Cinta Terhadap Hanez Suraya' - Romie mStar Online. Dicapai pada 30 April 2015.
 - ^ Qarami Hashim (31 Mac 2018). “Suami Saya Kuat Cemburu” - Hanez Suraya mStar Online. Dicapai pada 30 April 2018.
 
Pautan luar
- Hanez Suraya di Facebook
 - Hanez Suraya di X
 - Hanez Suraya di Instagram
 








