Hamzah Mohd Taib (lahir 30 November 1967) atau dikenali sebagai Kid merupakan pemain gitar utama bagi kumpulan Search.[1]
Kid Search | |
|---|---|
Kid selaku pemain gitar utama Search semasa Konsert Unplugged pada tahun 1995 | |
| Maklumat latar belakang | |
| Nama lahir | Hamzah bin Mohd Taib |
| Juga dikenali sebagai | Kid, Kit, Kid Gersang |
| Kelahiran | 30 November 1967 |
| Genre | Rock |
| Pekerjaan | Pemuzik, Komposer |
| Alat muzik | Gitar Utama |
| Tahun aktif | 1987–kini |
| Syarikat rakaman | Rahim Othman Production (ROP) Go-Search Sdn. Bhd. PMC/BMG |
| Kegiatan berkaitan | Kumpulan Search Kumpulan Gersang Kumpulan Sivilnius Kumpulan Dragon Malaya |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Beliau mula dikenali melalui kumpulan Gersang. Setelah Hillary Ang meninggalkan Search, Kid telah menggantikan beliau sebagai lead gitaris kumpulan Search.[2]
Kid mula bermain gitar sewaktu dia berusia belasan tahun. Pemain gitar ini mula serius bermain gitar bersama kumpulan Gersang sejak awal tahun 1980-an. Selepas kumpulan itu tidak aktif, Hamzah Mohd. Taib kemudiannya menyertai Search sehingga kini.
Selain bergelar pemain gitar, Kid juga sebenarnya seorang ahli perniagaan yang berjaya. Anak kelahiran Selangor dan dibesarkan di Johor Bahru ini aktif menjalankan perniagaan rangkaian restoran Kopitiam Bangi sejak empat tahun lalu di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan serta di Indonesia.
Beliau juga merupakan bapa kepada Fazlinda, dan Aaqil Naquidean, masih aktif sebagai gitaris Search. Di samping sibuk menguruskan Bangi Kopitiam dan memberi komitmen sebagai gitaris Search, Kid juga sempat meluangkan masa bagi berkongsi pengalamannya itu dengan generasi muda yangberkongsi pengalamannya bersama 12 peserta rancangan Misi 12 terbitan Astro Ria. Menerusi rancangan yang disiarkan setiap Selasa pukul 9 malam mulai 7 Februari lalu itu, Kid mencurahkan pengalamannya dalam bidang perniagaan dan muzik kepada para peserta rancangan tersebut sepanjang tujuh minggu.[3]
Rujukan
- ^ Nasir imbas penubuhan Search
- ^ "Kid jadi mentor kejayaan Kopitiam, Search". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-19. Dicapai pada 2018-08-19.
- ^ "Kid jadi mentor kejayaan Kopitiam, Search". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-19. Dicapai pada 2018-08-19.
Pautan luar
- [https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/08/313968/3-anggota-search-diperintah-bayar-ganti-rugi 3 anggota Search diperintah bayar ganti rugi.
- 4 anggota Search disaman hampir setengah juta.









