Habib Rizieq Hussein Shihab | |
|---|---|
| Kelahiran | Mohammad Rizieq bin Husein Shihab 24 Ogos 1965 |
| Kerabat | Shihab |
| Warganegara | Indonesia |
| Nama lain | Sayid Rizieq Hussein Shihab |
| Pusat pendidikan | Universiti Raja Saud Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Universiti Sains Islam Malaysia |
| Pekerjaan | Ulama |
| Tahun aktif | 1998‒kini |
| Terkenal kerana | Pengasas Front Pembela Islam |
| Pasangan |
|
| Anak-anak | 7 |
| Ibu bapa |
|
| Laman web rasmi | http://www.habibrizieq.com/ |
Habib Mohammad Rizieq bin Husein Shihab (lahir di Jakarta, 24 Ogos 1965) ialah ulama dari Indonesia dan salah seorang daripada pengasas utama , Front Pembela Islam (FPI). Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Umum Majlis Tanfidzi Dewan Pimpinan Pusat FPI dari tahun 2003-2008. Habib Rizieq ialah keturunan Nabi Muhammad SAW. Walaupun pengikut Habib Rizieq kebanyakan adalah dalam kalangan orang tempatan, namun FPI sendiri pernah disokong oleh 15 juta orang penyokong.[1].
Berasal dari pesantren FPI adalah Pesantren Al-Umm, namun hampir seluruh aktiviti FPI berasal dari markasnya dirumah Petamburan, dekat rumah Habib Rizieq.
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Pada bulan Jun 2008, Rizieq telah ditangkap sebagai suspek yang terlibat dalam Insiden Monas dan telah ditahan menurut undang-undang Indonesia Fasal 221 KUHP tentang melindungi atau menyembunyikan pelaku kejahatan, fasal permusuhan dan penghasutan, serta organisasi yang kerap melakukan aksi anarki. Sementara itu, anggota-anggota FPI yang lain turut ikut ditahan berdasarkan fasal 170 KUHP tentang penyerangan.[2]
Pendidikan dan pengalaman pertubuhan
[sunting | sunting sumber]- SDN 1 Petamburan, Jakarta (1975)
- SMP 40 Pejompongan, Jakarta
- SMP Kristen Bethel Petamburan, Jakarta (1979)[2][3]
- SMAN 4, Gambir, Jakarta
- SMA Islamic Village, Tangerang (1982)
- Pernah belajar di LIPIA (Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab), Jakarta [4].
- Diploma Bahasa Arab, Arab Saudi [2]
- Sarjana Pendidikan Hukum Islam, Universiti Raja Saud, Riyadh, Arab Saudi[2]
- Ijazah Sarjana (Shariah), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Program Kedoktoran (Dakwah), Universiti Sains Islam Malaysia
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ (Indonesia) Gatra versi cetak
- ^ a b c d (Indonesia)Keterangan Foto Harian Sore Suara Pembaruan: Habib Rizieq Ditahan, Munarman Diminta Menyerah. Kamis 5 Jun 2008. Halaman Utama.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-05. Dicapai pada 2010-01-09.
- ^ {en}}James J Fox. Makalah Islam Kontemporer di Indonesia, 2004








