Untuk kapal dengan nama yang sama, lihat HMAS Hobart.
HMAS Hobart pada Disember 2017
| |
| Sejarah | |
|---|---|
| Bersempena dengan: | Bandar Hobart, Tasmania |
| Dipesan: | 4 Oktober 2007 |
| Pembina: |
|
| Dibaringkan: | 6 September 2012 |
| Dilancarkan: | 23 Mei 2015 |
| Diperolehi: | 16 Jun 2017 |
| Ditauliah: | 23 September 2017 |
| Pelabuhan asal: | Fleet Base East, Sydney |
| Pengenalan: | Nombor MMSI: 503617000 |
| Moto: | Grow with Strength |
| Penghargaan dan anugerah: | Nine inherited battle honours |
| Status: | Aktif |
| Lencana: | Ship's badge |
| Ciri-ciri umum (seperti rekaan) | |
| Kelas dan jenis: | pembinasa kelas-Hobart |
| Jenis: | Peperangan udara/Pembinasa peluru berpandu |
| Sesaran: | 7,000 tonne (6,900 long ton; 7,700 short ton) muatan penuh |
| Panjang: | 147.2 meter (483 ka) |
| Lunas: | 18.6 meter (61 ka) maksima |
| Draught: | 5.17 meter (17.0 ka) |
| Jana kuasa: |
|
| Halaju: | Lebih 28 knot (52 km/j; 32 mph) |
| Jarak: | Lebih 5,000 batu nautika (9,300 km; 5,800 bt) pada 18 knot (33 km/j; 21 mph) |
| Anak kapal: |
|
| Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
| Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
| Persenjataan: |
|
| Pesawat yang dibawa: | 1 x MH-60R Seahawk |
HMAS Hobart (DDG 39), dinamakan bersempena dengan nama bandar Hobart, Tasmania, merupakan kapal sulung dalam pembinasa peperangan udara kelas Hobart yang kini dioperasikan oleh Tentera Laut Diraja Australia (RAN). Rekaan kapal ini berdasarkan pada frigat kelas Álvaro de Bazán oleh Navantia. Ia telah dibina di limbungan ASC yang terletak di Osborne, Australia Selatan daripada modul-modul yang difabrikasi oleh ASC, BAE Systems Australia di Victoria, dan Forgacs Group di New South Wales. Hobart telah dipesan pada tahun 2007, tetapi kesilapan dan kelewatan pembinaan menyebabkan kelewatan jadual yang besar. Meskipun pentauliahan dirancang awalnya dirancang pada bulan Disember 2014, pembinaan kapal ini gagal dimulakan sehingga bulan September 2012, dan dilancarkan pada bulan Mei 2015. Jabatan Pertahanan menerima penyerahan HMAS Hobart pada 16 Jun 2017.[1] Kapal ini ditauliahkan pada 23 September 2017.[2]
Perkhidmatan operasi
Hobart melakukan perjalanan lima bulan ke Amerika Syarikat pada akhir tahun 2018 yang mana dilaksanakan untuk menguji sistem-sistem pertempurannya. Semasa pelayaran ini, ia menyudahkan ujian-ujian yang pelbagai dan intensif termasuk penembakan peluru berpandu.[3][4]
Hobart memulakan atur gerak operasi pertamanya pada akhir bulan September 2019. Semasa atur gerak ini, ia bertindak sebagai kapal armada bagi sebuah kumpulan tugas RAN di Utara dan Asia Tenggara.[5] Hobart merupakan salah sebuah daripada kapal-kapal Australia yang menyertai latihan RIMPAC 2020 pada pertengahan tahun 2020. Tugasan ini diambil sebagai sebagian daripada rancangan atur gerak yang lebih besar ke Asia Tenggara dan Pasifik.[6]
Hobart membuat lawatan ke Hobart sebagai Regatta Diraja Hobart ke-183 pada bulan Februari 2018, yang mana merupakan kali pertama dalam masa 18 tahun sesebuah kapal yang menggunakan namanya melakukan lawatan sebegini.[7] Ia kembali sekali lagi pada upacara regatta pada tahun 2022.[8] Pada 9 Mac 2024, anak kapal Hobart berbaris dalam sebuah perarakan Freedom of Entry melalui daerah perniagaan pusat Hobart.[9]

Petikan
- ^ "Defence accepts delivery of first Air Warfare Destroyer Hobart" (Siaran akhbar). Australian Department of Defence. 16 June 2017. Dicapai pada 16 June 2017.
- ^ "PM to commission new navy destroyer". skynews.com.au. Dicapai pada 2 November 2017.
- ^ Martin, Anthony (22 December 2018). "HMAS Hobart returns home, mission achieved, systems ready". Navy Daily. Royal Australian Navy. Dicapai pada 29 August 2020.
- ^ McLaughlin, Andrew (7 January 2019). "HMAS Hobart returns from weapons system testing in US". ADBR. Dicapai pada 29 August 2020.
- ^ Zerbe, Ryan (3 October 2019). "Hobart leads biggest task group of year". Navy News. Department of Defence. Dicapai pada 12 October 2019.
- ^ Fitzgerald, Todd (27 August 2020). "Hobart flexes her might". Navy Daily. Royal Australian Navy. Dicapai pada 29 August 2020.
- ^ "HMAS Hobart visits namesake city for the first time". Defence Media. 9 February 2018. Dicapai pada 20 June 2024.
- ^ Cotton, Lt Nancy (28 February 2022). "HMAS Hobart comes home for regatta". Defence Australia. Dicapai pada 20 June 2024.
- ^ "City to host Freedom of Entry march for guided missile destroyer HMAS Hobart". Pulse Tasmania. 9 March 2024. Dicapai pada 20 June 2024.
Rujukan
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan HMAS Hobart (DDG 39) |
- Artikel jurnal
- Andrew, Gordon (September 2010). "AWD, Hobart, MFU or DDGH – What's in a name?". Semaphore. 2010 (7). Dicapai pada 22 May 2015.
- Brown, Nick (28 June 2007). "Spanish designs are Australia's choice for warship programmes". International Defence Review.
- Grevatt, Jon (30 June 2009). "NQEA loses block-building deal for Australian destroyers". Jane's Navy International.
- Grevatt, Jon (26 October 2010). "AWD Alliance admits destroyer contract hit by construction 'difficulties'". Jane's Defence Industry.
- Gulber, Abraham (October 2009). "Growth in Strength: The Hobart class AWD". The Navy. 71 (4): 4–8.
- Kerr, Julian (25 September 2008). "Australia seeks to extend AWD options". Jane's Defence Weekly.
- Pengelley, Rupert (26 September 2011). "Aussie rules: air warfare destroyers push boundaries". Jane's Navy International.
- Shackleton, David (February 2007). "Choices and consequences: choosing the AWD design". Australian Defence Magazine: 20–24.
- Thornhill, Roger (July 2009). "Force 2030: The Defence White Paper". The Navy. 71 (3): 8–13.
- Artikel berita
- Cullen, Simon (6 September 2012). "Work on $8bn destroyer fleet delayed". Australian Broadcasting Corporation. Dicapai pada 8 September 2012.
- Greene, Andrew (9 May 2015). "Companies building multi-billion-dollar warships feared defects would damage their reputations, leaked documents show". Radio National. Australian Broadcasting Corporation. Dicapai pada 22 May 2015.
- "HMAS Hobart construction costs overrun by $870m, says AWD Alliance". Naval-technology.com. Kable. 15 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 January 2019. Dicapai pada 22 October 2015.
- McPhedran, Ian (6 March 2014). "Navy warships project heading for cost blowout". News.com.au. News Corp Australia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 January 2015. Dicapai pada 22 May 2015.
- "Air Warfare Destroyer project: HMAS Hobart launched, SA Premier calls on Government to trust workers with next generation submarines". Radio Australia. Australian Broadcasting Corporation. 23 May 2015. Dicapai pada 23 May 2015.
- "Changes to Air Warfare Destroyer Construction Program". News and Events. Royal Australian Navy. 26 May 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2011. Dicapai pada 7 June 2011.
- Sheridan, Greg (22 May 2015). "Warships cost blows out to $9bn". The Australian. Dicapai pada 22 May 2015.
- Starick, Paul (21 May 2015). "First look aboard Adelaide-built air warfare destroyer, the Hobart". News.com.au. News Corp Australia. Dicapai pada 22 May 2015.
- Stewart, Cameron (26 October 2010). "$8bn navy flagship founders after construction bungle". The Australian. News Corp Australia. m/s. 1–2. Dicapai pada 6 December 2011.
- Stewart, Cameron (27 May 2011). "Overdue and over budget: $8bn destroyer plan in crisis". The Australian. News Corp Australia. Dicapai pada 6 December 2011.
- Stewart, Cameron (31 May 2011). "BAE shipyard to blame for destroyer delays: Defence". The Australian. News Corp Australia. m/s. 6.
- Siaran akhbar
- "Preferred designer chosen for AWD contract" (Siaran akhbar). Department of Defence. 16 August 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 May 2011. Dicapai pada 6 December 2011.








