| Gonggok Julat zaman: Akhir Silures sehingga Kini
| |
|---|---|
| Gonggok (Trigoniulus corallinus) | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Subfilum: | |
| Kelas: | Diplopoda De Blainville in Gervais, 1844
|
| Subkelas | |
| |
| Diversiti | |
| 16 order, 12,000 spesies | |
Gonggok (Jawi: ݢوڠݢوق) atau juga dikenali sebagai ulat geluntur (Jawi: اولت ڬلونتور), sepah bulan (Jawi: سڤه بولن) atau mentibang (Jawi: منتيبڠ) merupakan sejenis artropod dengan badan berbentuk silinder yang panjang. Badan gonggok mempunyai rangka luar (exoskeleton) dan terbahagi kepada antara 20 hingga 100 segmen yang bersambung-sambung. Setiap segmen mempunyai dua pasang kaki (kecuali segmen pertama selepas kepala yang tiada kaki langsung, dan beberapa segmen selepasnya yang mempunyai hanya sepasang kaki). Terdapat kira-kira 12,000 jenis spesies gonggok dalam kira-kira 140 keluarga.[1]
-
Gonggok berjalan.
-
Gonggok menggulungkan diri apabila diganggu.








