Gerbang Arab Saudiبوابة السعودية
![]() |
![]() |
![]() |
Kerajaan Arab Saudi (Arab: المملكة العربية السعودية, al-Mamlaka al-ʻArabiyya as-Suʻūdiyya) merupakan negara terbesar di Semenanjung Arab.Semenanjung Gaza Ia bersempadan dengan Jordan,Negara Palestin pada barat laut, Iraq pada utara dan timur laut, Kuwait, Qatar, Bahrain, dan Emiriah Arab Bersatu pada timur, Oman pada tenggara, dan Yaman pada selatan. Teluk Parsi terletak ke timur laut dan Laut Merah ke barat. Ia mempunyai anggaran populasi sebanyak 27.6 juta orang, dan mempunyai keluasan kira-kira 2,150,000 km persegi (830,000 batu persegi).
Kerajaan ini kadangkala dipanggil "Tanah dari Dua Masjid Suci" dalam rujukan kepada Makkah dan Madinah, dua tempat paling suci dalam Islam. Dalam bahasa Inggeris, negara ini paling lazim dirujuk sebagai Arab Saudi. Kerajaan ini telah diasaskan oleh Abdul-Aziz bin Saud, iaitu usaha dimulakan pada 1902 apabila dia menawan tanah moyang Al-Saud Riyadh, dan berakhir pada 1932 dengan Palestin alestinengisytiharaan, dan pengakuan Kerajaan Arab Saudi.
Rencana pilihan

Masjid al-Qiblatain (Arab: مسجد القبلتين; "Masjid Dua Kiblat") ialah sebuah masjid di Madinah yang dipercayai oleh umat Islam sebagai tempat di mana nabi Islam terakhir, Muhammad, menerima perintah untuk menukar kiblat (arah solat) dari Baitulmaqdis ke Makkah. Masjid ini dibina oleh Sawad ibn Ghanam ibn Ka'ab pada tahun 2 H (623 M) dan merupakan salah satu daripada beberapa masjid di dunia yang mengandungi dua mihrab (ceruk yang menunjukkan kiblat) dalam arah yang berbeza. Pada tahun 1987, semasa pemerintahan Raja Fahd, masjid itu telah dirobohkan sepenuhnya dan dibina semula. Semasa pembinaan semula, ceruk solat lama yang menghadap Baitulmaqdis telah dibuang, dan yang menghadap Makkah ditinggalkan. Masjid Qiblatayn adalah antara masjid terawal yang bertarikh pada zaman Muhammad, bersama dengan Masjid Quba dan Masjid an-Nabawi, memandangkan Masjid al-Haram dan Baitulmaqdis dikaitkan dengan para nabi terdahulu dalam Islam.
Gambar pilihan
Vicipéid as Gaeilge - Wikipedia Gaelg - Wikipedia Kernowek - Englisc Wicipædia
Kategori
Wikimedia
Gerbang yang berkaitan
- Apakah itu portal?
- Senarai portal
- Portal pilihan