Seorang Gamemaster (secara literal dalam bahasa Melayu: Tuan permainan), kadang-kala digelar sebagai Game Master, Game Manager, God Moderator, God Modder, Godmodder ataupun hanya sebagai singkatannya iaitu GM merupakan seorang pemain dalam sebuah permainan pemain berganda yang memainkan peranan sebagai penyelaras, pengadil dan penimbangtara dalam situasi-situasi berperaturan. Mereka paling kerap dilihat dalam permainan-permainan yang memerlukan kerjasama di mana para pemain membantu satu sama lain dan jarang dilihat dalam permainan persaingan di mana para pemain menentang antara satu sama lain.
Kini, Gamemaster seringkali dikaitkan dengan permainan berperanan. Dalam sebuah permainan berperanan seorang Gamemaster mempunyai tujuan tertentu, selalunya sebagai pelengkap cerita kepada plot yang dimainkan player character, disamping mengawal aspek-aspek non-player character dan mencipta sebuah suasana di mana para pemain boleh berinteraksi. Peranan asas seorang Gamemaster - membantu dalam peraturan, pengadilan dan penceritaan - adalah sama dalam hampir setiap judul permainan berperanan, meskipun set peraturan yang berbeza mencipta tugasan-tugasan khas yang unik kepada GM yang tertakluk di bawah sistem tersebut.
Peranan GM (Pengurus Permainan) dalam permainan main peranan meja tradisional (TTRPG) adalah untuk menggabungkan kisah watak pemain (PC) yang lain, mengawal watak bukan pemain (NPC), menerangkan atau mencipta persekitaran di mana PC boleh berinteraksi, dan menyelesaikan sebarang pertikaian antara pemain. Peranan asas ini adalah sama dalam hampir semua TTRPG tradisional, dengan sedikit perbezaan bergantung kepada set peraturan yang berbeza. Namun begitu, dalam sesetengah permainan main peranan indie, peranan GM berbeza dengan ketara daripada corak tradisional. Sebagai contoh, dalam sistem Powered by the Apocalypse, pemain lain turut membantu GM mencipta watak-watak NPC dan butiran dunia permainan.[1]
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
- ^ Wieland, Rob. "A Beginner's Guide To Powered By The Apocalypse Games". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-06-25.