Gaia The Movie | |
---|---|
Genre |
|
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Nizam Zakaria |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Sinematografi |
|
Tempoh siaran | 95 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Siaran asal | 16 Mei 2008 |
Gaia The Movie ialah telefilem komedi seram Malaysia 2008 arahan dan skrip Nizam Zakaria. Dibintangi oleh Farish Aziz, Tam Suhaimi, Nora Danish, Intan Ladyana, Kelfi AF3, Zizan Raja Lawak, Sherry Ibrahim dan ramai lagi, ia mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Runah masih melakukan kemungkaran telefilem ini ditayangkan pada 16 Mei 2008 Filem ini kemudian disambung terus menerusi siri TV, Gaia (Musim 1) yang mendapat sambutan hangat daripada penonton.
Sinopsis
Mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Rumah masih melakukan kemungkaran. Ketika Gaia menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden. Dia telah didatangi si iblis dan membawa Gaia kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya. Gaia mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang. Dapatkah Gaia memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Gaia menyelamatkan Kiambang.
Menarik
Watak 'Zani' lakonan Abu Bakar Juah dan Abu Bakar Omar adalah watak yang sama dilakonkan oleh Khairil Anwar Aman. Judul Gaia The Movie diberi nama kerana filem ini lebih tertumpu kepada dimensi siri "Gaia Musim 1".
Seperti dalam trilogi Berubah sebelum ini Farish Aziz melakonkan watak 'Aziz' tetapi dalam sekuel kali ini sebagai 'Fadzil'. Begitu juga dengan Nora Danish yang memegang peran Ajis dalam trilogi Berubah tetapi dalam 18PDKP sebagai Mila Carnella.
Pelakon
- Farish Aziz sebagai Fadzil
- Tam Suhaimi sebagai Hamadan
- Nora Danish sebagai Milla Carnella
- Intan Ladyana sebagai Zetta
- Kelfi AF3 sebagai Zami
- Zizan Raja Lawak sebagai Gaia
Sambutan
Dalam masa 3 hari selepas ditayangkan, jualan filem secara terus di Astro Ria ini berjaya mencecah 1 juta ringgit. Kecemerlangan itu diteruskan lagi apabila setelah 18 hari ditayangkan, Gaia telah mengutip 4 juta ringgit.