Firdaus Jenar | |
|---|---|
| Kelahiran | Mohd Firdaus bin Jenar Alor Setar, Kedah, Malaysia |
| Warganegara | Malaysia |
| Pusat pendidikan | Universiti Multimedia Cyberjaya |
| Pekerjaan | Pengarah, pelakon |
| Tahun aktif | 2010–kini |
| Laman web rasmi | https://www.instagram.com/firdaus_jenar/ - https://www.imdb.com/name/nm14902653/ |
Firdaus Jenar ialah seorang pengarah filem dan drama televisyen, pelakon dan penulis skrip dari Malaysia.
Latar belakang
Firdaus dilahirkan di Alor Setar, Kedah dan dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor sebelum menetap di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam Pemasaran dan Multimedia (Filem) dari Universiti Multimedia, Cyberjaya.
Sejak di bangku sekolah hingga ke peringkat universiti, beliau aktif dalam pelbagai aktiviti kesenian seperti lakonan, pementasan teater, persembahan muzik dan tarian tradisional. Firdaus dilahirkan dalam sebuah keluarga yang terlibat dalam bidang seni; bapanya merupakan bekas penulis dan pengarah teater, manakala ibunya aktif dalam lakonan dan tarian tradisional semasa di universiti.
Semasa di Universiti Multimedia (MMU), beliau menjadi antara ahli aktif kumpulan persembahan khas SPARK, sebuah organisasi kesenian pelajar yang terlibat dengan pementasan kolaboratif bersama agensi seperti Istana Budaya dan The Actors Studio. Selain itu, beliau turut membuat persembahan muzik di sekitar Kuala Lumpur.
Kerjaya
Penglibatan Awal
Sebelum bergiat aktif sebagai pengarah dan pelakon, Firdaus memulakan kerjayanya dalam industri perfileman sebagai penulis skrip dan juru kamera. Beliau turut menimba pengalaman dalam pelbagai peranan teknikal seperti penata cahaya, pengurus produksi dan pengendali prop. Firdaus juga aktif dalam kerja-kerja fotografi dan videografi professional untuk karya-karya komersil.
Firdaus kemudiannya berkhidmat sebagai pembantu pengarah kepada beberapa pengarah prolifik industri dalam pelbagai produksi filem, drama televisyen dan telefilem selama lebih sedekad sebelum memulakan kerjaya rasmi sebagai pengarah. [1]
Pengarahan
Beliau memulakan kerjaya pengarahan profesional dengan telefilem Menjiwai Bukan Jiwa yang mengangkat tema seni muzik dan muzikal (2019, TV Okey/RTM). Sejak itu, beliau menghasilkan beberapa telefilem dan drama popular:
- Halilintar (2020, TV2 RTM) – tema perlumbaan FPV drone [2]
- CEO Asmara (2023, TV Okey RTM) - tema perniagaan kopi/ barista
- Kapten papa (2023, TV Okey RTM) - tema ketenteraan & ibubapa
- Rentak Seri (2025, TV1 RTM) – tema MMA, Silat dan Tarian tradisi serta pemerkasaan wanita. Telah dipromosikan dalam Selamat Pagi Malaysia 20 Jun 2025[3]
- Cikgu-ku Paling Ohsem (2025, TV Okey RTM) – tema bola sepak wanita, cikgu dan pemerkasaan wanita. Telah dipromosikan dalam Selamat Pagi Malaysia 15 Mei 2025[4]
Lakonan
Sebagai pelakon, beliau muncul dalam beberapa projek utama:
- Filem Namatai: From Kinabalu With Love – watak antagonist, Leftenan Taki
- Filem Mantera (2025) – watak - Koperal Freddy bersama Namron dan Syafie Naswip[5] [6] [7]
- Drama Onduri (RTM) – spin-off kepada Namatai, watak - Khairi
- Drama Pelangi Kalabakan (RTM) – watak Jali - pemuda dari indonesia yang tiada dokumen dan selalu dipandang hina oleh penduduk kampung
- Drama San Ren Xing: Tiga Sekawan (2024, RTM) – watak Ah Man, lelaki Melayu yang menjadi adik angkat dalam keluarga berbangsa Cina dan fasih berbahasa Mandarin; turut dipromosikan di Selamat Pagi Malaysia pada 2024[8]
- Supertele Pawang Nong – watak Koperal Adnan bersama Mior Hasim Manap, Razali Hussin & Sahronizam Noor.
Gaya Pengarahan
Firdaus dikenali dengan pendekatan pengarahan yang menekankan elemen visual yang dinamik serta struktur naratif yang berpusat kepada watak. Beliau sering meneroka pelbagai genre dan tema kehidupan untuk diterjemahkan ke dalam bentuk visual yang bersesuaian dengan penceritaan.
Gaya arahannya turut menampilkan penggunaan mise-en-scène secara aktif bagi menyokong perkembangan naratif dan pembinaan watak. Beliau juga cenderung menggunakan subplot dan unsur dramatik yang bersifat tersirat dalam menyampaikan mesej atau konflik dalam cerita.
Karya-karya arahannya lazimnya mengangkat tema yang berkait dengan isu semasa serta menggabungkan unsur kekeluargaan, sosial dan budaya tempatan. Beliau turut menerapkan elemen-elemen genre seperti aksi dan sukan bagi menyesuaikan kandungan kepada pelbagai kumpulan penonton. Beberapa telefilem arahannya telah menerima sambutan positif dan tayangan ulangan melalui siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Filemografi
Sebagai pengarah
| Tahun | Tajuk | Format/Platform |
|---|---|---|
| 2019 | Menjiwai Bukan Jiwa | Telefilem, TV Okey (RTM) |
| 2020 | Halilintar | Telefilem, TV2 (RTM) |
| 2022 | Kapten Papa | Telefilem, TV Okey (RTM) |
| 2023 | CEO Asmara | Telefilem, TV Okey (RTM) |
| 2025 | Rentak Seri | Telefilem, TV1 (RTM) |
| 2025 | Cikguku Paling Ohsem | Telefilem, TV Okey (RTM) |
Sebagai pelakon
Filem Cereka
| Tahun | Tajuk | Watak |
|---|---|---|
| 2021 | Namatai: From Kinabalu With Love | Leftenan Taki |
| 2025 | Mantera | Koperal Freddy |
Supertelefilem
| Tahun | Tajuk | Watak |
|---|---|---|
| 2022 | Pawang Nong | Koperal Adnan |
| 2019 | Negaraku 16 September | Antaga (Muda) |
| 2018 | Budak Pasar | Roy Bisu |
Telefilem
| Tahun | Tajuk |
|---|---|
| 2015 | Mangaramai |
| 2016 | Hidupku Matiku |
| 2016 | Hatinya Bersalut Emas |
| 2017 | Cikgu Halim |
| 2018 | Suminundu |
| 2019 | Kubur Perajurit Tidak Bernama |
| 2020 | Menjiwai Bukan Jiwa |
| 2021 | Halilintar |
| 2023 | CEO Asmara |
| 2025 | Rentak Seri |
Drama bersiri
| Tahun | Tajuk | Watak |
|---|---|---|
| 2016 | Projek Nadia | |
| 2020 | Pelangi Kalabakan | Jali |
| 2022 | Sutera Bayu | Izanee |
| 2023 | Onduri | Khairi |
| 2024 | San Ren Xing: Tiga Sekawan | Ah Man |
Sebagai pengacara
| Tahun | Tajuk |
|---|---|
| 2016 | Cassa Rafflesia |
| 2019 | Grill Hero |
| 2020 | Borneo Riders Go! |
Sebagai penulis skrip / lakon TV
| Tahun | Tajuk |
|---|---|
| 2012 | Majalah - Malatop Bah |
| 2013 | Majalah - Borneo Adventures |
| 2016 | Drama Bersiri - Projek Nadia |
| 2015 | Telefilem - Mangaramai |
| 2016 | Majalah - Cassa Rafflesia |
| 2016 | Telefilem - Hidupku Matiku |
| 2018 | Supertelefilem - Budak Pasar |
| 2020 | Telefilem - Menjiwai Bukan Jiwa |
| 2021 | Telefilem - Halilintar |
| 2023 | Telefilem - CEO Asmara |
| 2022 | Telefilem - Kapten Papa |
| 2023 | Telefilem - Igat Si Bujang Petani |
| 2025 | Telefilem - Cikguku Paling Ohsem |
| 2025 | Telefilem - Rentak Seri |
Projek Komersil Terkini (2024)
| Tahun | Klien / Syarikat | Jenis Projek / Catatan |
|---|---|---|
| 2024 | Yayasan Sabah / The Green Connection | Komersil / Korporat |
| 2024 | BioChampro Cosmetics | Iklan komersil / Produk kecantikan |
| 2024 | H Drones Robotics | Kandungan promosi teknologi |
| 2024 | D'Layar Impian Travel & Tours | Video promosi pelancongan |
Rujukan
- ^ [https://www.youtube.com/watch?v=H2CE7xW-6I4
- ^ "Firdaus Jenar – Biography". IMDb. Dicapai pada 23 Jun 2025.
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=D8ZVWZR4au8
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=6udpVhH9ozE
- ^ "Mantera (filem 2025)". Wikipedia. no-break space character in
|accessdate=at position 3 (bantuan); Check date values in:|accessdate=(bantuan); Missing or empty|url=(bantuan);|access-date=requires|url=(bantuan) - ^ https://www.imdb.com/title/tt36393427/
- ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2025/04/1205207/mantera-dan-sisi-unik-etnik-sabah
- ^ https://www.facebook.com/tv2.rtm/posts/sesi-promosi-drama-bersiri-tigasekawan-dalam-selamat-pagi-malaysiajangan-lupa-ik/1022790213225474/
Pautan luar
- [IMDb – Firdaus Jenar](https://www.imdb.com/name/nm14902653/)
- [Instagram rasmi](https://www.instagram.com/firdaus_jenar/)








