Jalak Lenteng | |
---|---|
![]() Cover DVD filem Jalak Lenteng. | |
Pengarah | Salleh Ghani Shariff Medan (penolong pengarah) |
Penulis | Salleh Ghani |
Lakon layar | Salleh Ghani |
Cerita oleh | A. Manaf |
Dihasilkan oleh | Ho Ah Loke Loke Wan Tho |
Dibintangi | Yusof Latiff Latifah Omar Mahmud Jun Fatimah Ahmad |
Disunting oleh | P. V. John |
Muzik oleh | Wandee Yazid |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Cathay Organisation |
Tarikh tayangan | 1961 |
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu |
Filem Jalak Lenteng merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1961. Filem Jalak Lenteng diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Ia diterbitkan oleh Ho Ah Loke & Loke Wan Tho melalui syarikat penerbitan Cathay-Keris Film Productions.[1]
Filem Jalak Lenteng turut memuatkan beberapa lagu Melayu yang dianggap klasik seperti lagu Jalak Lenteng yang disampaikan oleh Rosiah Chik dan lagu Mak Inang.
Filim ini dibintangi oleh Yusof Latiff bersama Latifah Omar sebagai heroin dan diarahkan oleh Salleh Ghani.
Pengarah
Filem Jalak Lenteng diarah oleh pengarah Salleh Ghani pada 1961.
Ringkasan
Pelakon
Pelakon utama
- Yusof Latiff sebagai Putera Wira Karma / Jalak Lenteng
- Latifah Omar sebagai Puteri Seri Purnama
- Mahmud Jun sebagai Megat Rambai
- Fatimah Ahmad sebagai Dang Suri
Pelakon pembantu
- Puteh Lawak sebagai Sinar
- Abdullah Sani sebagai Dandan
- Umi Kalthum sebagai Raja Permaisuri
- Pak Yem sebagai Raja Karma Udana
- Ghazali Sumantri sebagai Dusun
- Roseyatimah sebagai Kemuning
- Neng Yatimah sebagai Mak Kemuning
- Ahmad Sabri sebagai Belatuk
- Shariff Medan sebagai Datuk Darma
- Mat Sentol sebagai Kaduk
- Minah Yem sebagai Mak Inang
- Siti Tanjung Perak sebagai Mak Inang
- Mak Dara sebagai Mak Inang
- Aini Jasmin sebagai Mak Inang
- Salleh Melan
- M. Babjan
- Raja Hamidah
Pelakon tambahan
- Murni Sarawak sebagai Dayang Istana