Darma Kesuma | |
---|---|
Pengarah | S. Kadarisman |
Penulis | S. Kadarisman |
Lakon layar | S. Kadarisman |
Cerita oleh | S. Kadarisman |
Dibintangi |
|
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan | 1971 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Darma Kesuma merupakan sebuah filem bahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1971. Filem Darma Kesuma diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Filem Darma Kesuma mula ditayangkan pada 1971 di pawagam seluruh negara dan Malaysia. Menampilkan S. Rosley, Hussein Abu Hassan, Normah Is, Dayang Sulu, Dinda Sumantri, Tamam Idris, Latiff Borgiba, R. Jaafar dan ramai lagi.
Pengarah
Filem Darma Kesuma diarah oleh pengarah S. Kadarisman pada tahun 1971
Ringkasan
Filem ini begitu menarik dengan aksi pertarungan yang mengisahkan seorang guru silat yang buta kerana perbuatan khianat anak muridnya sendiri, Wira (Hussein Abu Hassan). Muridnya yang lain, Darma Jaya (S. Rosley) cuba menuntut bela namun ditewaskan oleh Wira sehingga tempang kakinya. Sejak itu, dia memencil diri menjadi bilal di sebuah kampung. Kemudian muncul Murba (Tamam Idris) yang berkelana mencari Darma. Rupanya, Darma adalah anak guru silat buta tersebut dan mereka bersama-sama menentang Wira. Namun tindakan terburu-buru Murba menyebabkan beliau maut ditikam Wira ketika cuba menyelamatkan tunangnya. Di akhir cerita, Darma menewaskan Wira dan bertemu kembali dengan ayahnya.
Pelakon
- S. Rosley sebagai Darma Jaya
- Hussein Abu Hassan sebagai Wira
- Normah Is
- Tamam Idris sebagai Murba
- Dayang Sulu sebagai Kesuma
- Dinda Sumantri
- S. Kadarisman
- R. Jaafar
- Latiff Borgiba
- Indera Azman
- Dali Siliwangi
- Ibrahim Joned
- Sulaiman Badan
- Kamal Idris
- Peter Hashim