| Buloh Perindu | |
|---|---|
| Pengarah | B. S. Rajhans |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi |
|
| Muzik oleh | Zubir Said |
Syarikat penerbitan | Cathay-Keris Film |
Tarikh tayangan | 1953 |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
Buloh Perindu merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Tanah Melayu pada tahun 1953. Filem ini merupakan filem berwarna yang pertama pernah dikeluarkan hasil terbitan Cathay-Keris Film. B. S. Rajhans telah bertindak sebagai pengarah di atas penggabungan Keris Film dan Cathay Film yang akhirnya dikenali sebagai "Cathay-Keris Film".[1] Selepas filem ini, Malay Film Productions Ltd. (MFP) telah mengorak langkah dengan membuat filem berwarna pertama mereka sendiri iaitu Ribut pada tahun 1955.[2]
Sinopsis
Cerita bermula dengan isteri sultan dan isteri di kalangan pembesar istana melahirkan anak (putera) di hari yang sama. Dua putera tersebut ditukarkan sebagai usaha untuk merampas kuasa sultan.
Putera sebenar (Shariff Medan) dibesarkan di sebuah kampung dan kemudian jatuh cinta dengan gadis jelita kampung tersebut, Rusini. Putera palsu (Bakar Rudin) yang bersikap bengis dan kejam tertarik hati dengan Rusini tetapi tidak mendapat layanan.
Sekumpulan gajah menyerang kampung tersebut, dan penduduknya di selamatkan oleh putera sebenar manakala putera palsu bukannya mahu membantu tetapi (kerana pengecut) lari menyelamatkan dirinya.
Peristiwa tersebut membawa kedua mereka (bagi menentukan siapa berhak menaiki takhta)beradu kekuatan (pencak) yang mana putera sebenar memenangi perlawanan. Sultan pula di tangkap dan menjadi tawanan lanun.
Ketua lanun (S. Alaton) apabila menyedari orang yang ditawannya itu sultan lalu membebaskannya, sultan tidak berlengah lagi pulang ke istana sempat menyaksikan pertarungan antara putera sebenar dengan putera palsu.
Akhirnya, putera palsu tewas dan rancangan untuk menjatuhkan sultan pun terungkai. Putera sebenar kemudian ditabalkan menjadi sultan oleh sultan.
Pelakon
- Rosini
- Bakaruddin
- Shariff Medan
- Salleh Ghani
- M. Amin
- Norsiah Yem
- Raden Sudiro
- Momo Latiff
Lagu
- Setangkai Kembang Melati oleh Dollah Chik dan Jamaliah Sharif[3]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Filem warna pertama". Perpustakaan Negara Malaysia. Dicapai pada 27 Jun 2009.
- ^ "Sejarah Filem Melayu Klasik Dalam Warna-Warni (1953-1967)". Dicapai pada 24 Januari 2013.[pautan mati kekal]
- ^ "OST Buloh Perindu". 17 September 2010. Dicapai pada 24 Januari 2013.[pautan mati kekal]








