Fazliyaton | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Zaiton Binti Fazlidin 17 Februari 1946 Kampung Bharu, Kuala Lumpur, Malaysia |
Meninggal dunia | 8 September 2022 | (umur 76)
Nama lain | Fazliyaton |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1960–1965, 1970 |
Terkenal kerana | |
Pasangan | Yusoff Surya (k. 1966; m. 1994) |
Anak-anak | 3 |
Saudara | Ibrahim Din (abang) |
Zaiton Binti Fazlidin atau lebih dikenali sebagai Fazliyaton (17 Februari 1946 – 8 September 2022) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi filem Sitora Harimau Jadian dan Ragam P. Ramlee, kedua-duanya diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee.
Kerjaya
Nama sebenar beliau ialah Zaiton binti Fazlidin dan diubah oleh P. Ramlee dengan nama yang lebih glamor, Fazliyaton - cantuman nama ayahnya (Fazlidin dan Zaiton) jadilah Fazliyaton.
Beliau pernah berlakon sebagai pelakon tambahan dalam filem Tun Tijah dan Selendang Merah, kedua-duanya diarahkan oleh L. Krishnan.
Beliau mencatatkan sejarah filem Malaysia sebagai heroine pertama P. Ramlee di Studio Merdeka menerusi filem Si Tora Harimau Jadian. Dalam Ragam P. Ramlee, beliau berperan sebagai juruacara dalam segmen Ramlee dan Saloma bercorak musikal yang mengandungi tujuh buah lagu termasuk yang paling popular "Hancur Badan Di Kandung Tanah" nyanyian bersama P. Ramlee dan Saloma.
Selepas Si Tora Harimau Jadian, Fazliyaton berlakon dalam satu filem lagi iaitu Bumiputra, diarahkan oleh Dhiresh Ghosh dan dibintangi oleh Sophia Ibrahim dan Sonny Abdullah.
Menurut Fazliyaton, beliau tidak lagi berlakon selepas itu kerana dihalangi oleh pekerjaan. Katanya, berlakon tidak boleh mencari makan.
Bagaimanapun, beliau berlakon sebagai isteri P. Ramlee dalam drama TV (RTM) iaitu Intan karya Abdullah Hussain dan diarahkan oleh Zainuddin Noordin. Bintang utamanya selain beliau ialah P. Ramlee, Ebby Saiful, Mahmud Jun, Mariani, A. R. Tompel, A. K. Jailani, Leng Husin dan lain-lain. Itulah satu-satunya drama TV lakonan beliau.
Kehidupan peribadi
Dilahirkan pada 17 Februari 1946 di Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Beliau merupakan adik kepada pelakon dan pelawak yang sudah tidak asing lagi iaitu Ibrahim Din yang pernah berlakon bersama P. Ramlee dan A. R. Tompel dalam filem Do Re Mi, Nasib Do Re Mi, Anak Bapak dan Laksamana Do Re Mi.
Beliau berkahwin dengan Yusoff Surya (berperanan sebagai OCPD Mutalib dalam Si Tora Harimau Jadian) pada tahun 1966 sehingga suaminya itu meninggal dunia pada 21 Julai 1994.
Hasil perkongsiannya dengan Yusoff Surya, beliau mempunyai tiga orang anak - dua orang lelaki dan seorang perempuan, Nanee.
Beliau meninggal dunia pada 8 September 2022 pada usia 76 tahun. Punca kematiannya tidak diketahui.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1960 | Tun Tijah | — | Filem pertama, pelakon tambahan |
1962 | Selendang Merah | — | Pelakon tambahan |
1964 | Sitora Harimau Jadian | Naemah | Filem pertama bersama P. Ramlee |
Ragam P. Ramlee | Dirinya sendiri (juruacara) | Dalam segmen Ramlee dan Saloma | |
1965 | Bumiputra | Habibah | Filem terakhir |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1970 | Intan | Leha | Drama pertama dan terakhir |
Rujukan
https://filemklasikmalaysia.blogspot.com/2016/05/si-tora-harimau-jadian-1964.html?m=1