Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi (Lahir 21 November 1974) ialah isteri kedua kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar.[1]
Fauziah Mohd Sanusi | |
|---|---|
| Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-8 | |
| Menyandang jawatan 26 Januari 2024 | |
| Raja | Sultan Ibrahim |
| Premier | Abang Johari Openg |
| Gabenor | Wan Junaidi Tuanku Jaafar |
| Didahului oleh | Raghad Kurdi Taib |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Fauziah Binti Mohd Sanusi (21 November 1974) Kuala Lumpur, Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Pasangan | Wan Junaidi Tuanku Jaafar |
| Kediaman | Astana, Sarawak |
| Bidang pengkhususan | Pramugari |
Kerjaya Awal
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah mempunyai kerjaya yang cemerlang bersama Malaysia Airlines, di mana beliau berkhidmat sebagai pramugari dari Januari 2000 hingga Oktober 2022. Komitmen beliau terhadap industri penerbangan terserlah melalui perkhidmatan yang unggul, dan beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Kelab Bola Jaring Malaysia Airlines.
Selain itu, beliau turut mengikuti pelbagai program latihan khas dalam bidang penerbangan bagi memastikan tahap perkhidmatan dan keselamatan sentiasa berada pada piawaian tertinggi.
Sebelum menyertai Malaysia Airlines, beliau pernah berkhidmat sebagai pendidik sementara di SRK Pandan Jaya pada tahun 1998 dan SMK Taman Melati pada tahun 2000, membuktikan sifat serba boleh serta dedikasi beliau terhadap penyebaran ilmu pengetahuan.
Latar Belakang Akademik
Perjalanan akademik beliau bermula di SK Klang Gate dan SK Jalan Hang Tuah (2) di Kuala Lumpur, sebelum melanjutkan pelajaran menengah di SMK Taman Melati dan SMK Taman Melawati.
Beliau seterusnya melanjutkan pengajian tinggi di Kolej Stamford, Kuala Lumpur antara tahun 1998 hingga 1999.
Pencapaian akademik ini menjadi asas kukuh yang menyumbang kepada perkembangan kerjaya beliau serta penglibatan aktif dalam komuniti.
Perkahwinan Dengan Wan Junaidi
Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi berkahwin dengan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi pada 10 Disember 2022, selepas pemergian isterinya yang pertama, Datin Seri Hajjah Feona Norjanah Sim Abdullah pada 22 Mei 2022 Akibat komplikasi pendarahan dalaman. Majlis perkahwinan berlangsung secara tertutup di sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur.[2]
Pencapaian & Pengiktirafan
Yang Amat Mulia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah merupakan seorang ahli sukan yang amat berjaya.
Beliau pernah dinobatkan sebagai Atlet Terbaik di SMK Taman Melati dan kemudian mewakili Malaysia Airlines dalam sukan bola jaring dan badminton.
Kemahiran cemerlang beliau dalam bola jaring membolehkan beliau menerima Anugerah Pemain Pertahanan Bola Jaring Terbaik, di samping Anugerah Atlet Terbaik Malaysia Airlines, yang mengiktiraf bakat serta keunggulan beliau dalam bidang sukan.
Darjah Kebesaran
Sarawak :
Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) – Datuk Patinggi (2024)
Rujukan
- ^ "https://tyt.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/35". External link in
|title=(bantuan) - ^ "Isteri wan junaidi meninggal".









