Farouk Hussain | |
---|---|
Kelahiran | 1967 JANUARY 01 |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara, pramugara (bekas) |
Tahun aktif | 1994—kini |
Pasangan | Lina |
Anak-anak | 1 |
Farouk Hussain (lahir di Pulau Pinang) ialah pelakon, penyanyi, pelawak dan pengacara Malaysia. Farouk Hussain, sinonim dengan drama TV Anak Mami dan filem boxoffice Anak Mami The Movie serta watak-watak komedinya dalam filem dan drama2 Melayu tempatan. Sebelum menceburi bidang seni, Farouk Hussain pernah bertugas sebagai Receptionist di Shangri La Inn Penang (sekarang Jen Hotel) pada tahun 1986- 1989.. Pada tahon 1990 beliau menyertai Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai Pramugara hingga pertengahan 1994. Dan pada tahon 1994 juga beliau telah menjadi Hos RANCANGAN REALITI YANG PERTAMA di Malaysia, yang disiarkan Secara Langsung dari Studio C, Jalan Liku Bangsar, terbitan TV3, iaitu SINARAN PASPORT KEGEMILANGAN, bersama dengan Sharifah Norhaslinda(Lynn) dan Jai Johari. Rancangan SINARAN PASPORT KEGEMILANGAN menjadi hit dan telah melonjak nama Farouk Hussain didalam bidang seni dan dari situ bermulalah kerjaya beliau didalam bidang hiburan, pengacaraan, lakonan serta Voice Over utk iklan sehingga kini.
Kerjaya
Farouk Hussain mencipta nama sebagai pengacara program Sinaran Pasport Kegemilangan di TV3 pada tahun 1994. Tahon 1995 beliau mula mengacara/menjadi emcee utk Majlis2 makan malam /Annual Dinner utk syarikat2 Korporat dan sektor Kerajaan sehingga kini. Beliau byk mengendali rancangan2 sebagai Hos utk program2 di TV3, Astro dan RTM, seperti WARUNG KITA di Astro, D'Hati - RTM, program kuiz Teka Tekan di saluran Hypp Sensasi di Unifi TV bergandingan dengan tiga pengacara lain iaitu Acong Sweetchild, Anas Ridzuan dan Shuib Sepahtu.[1][2][3][4] Farouk merupakan salah seorang peserta MasterChef Selebriti Malaysia yang berlangsung pada 2012.[5]
Farouk Hussain juga merupakan artis yg sering dijemput sebagai artis undangan utk rancangan komedi kumpulan Senario, yg ditubuhkan pada tahon 1996.
Pada 1999, album pertamanya berkonsep komedi yang bertajuk Kupintal Sarung Bantal berjaya dipasarkan dengan 10 lagu di dalamnya. Lagu-lagu tersebut ialah Kupintal Sarung Bantal, Kumbang Malaya Berbunga Jawa, Baby, Mami Barang, Pak Din Sekupang, Joget Hati Kecewa, Sendi Yang Hilang, Pilih Menantu (duet dengan Iwan Dasri), Dondang Cucuku Sayang dan Mari Balik Kampung adalah lagu duet bersama Shamsul Ghau Ghau.[6] Namun begitu, albumnya kurang mendapat sambutan di pasaran disebabkan kurang promosi di saluran2 radio dan stesen TV oleh pihak Ambang Klasik dan Gong Klasik TV3.[7]
Kini tahon 2025, Farouk Hussain masih terus aktif didalam bidang hiburan sebagai Pengacara/Emcee dan juga Showime Performance utk majlis2 Korporat sambil menyanyi lagu2 Evergreen Classics.. Walaupon sudah 30 tahon berkecimpung dalam bidang seni dan hampir mencecah usia 60 tahon, Farouk Hussain masih sihat, bertenaga, kelihatan muda dan terus mewarnai bidang hiburan dan lakonan tanahair.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1999 | Tarzan | Alih suara BM | |
2002 | Anak Mami The Movie | Aniq | Filem pertama |
2003 | Iskandar | Man Stering | |
2022 | Kalut Nak Kahwin | Tok Kadi | |
2024 | Pemburu Saka | ||
Jadi Raya Tak Jadi |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1996 | Anak Mami | TV3 | |
1997 | Menantu Mami | ||
Mengejar Bintang | |||
2002 | New Boyz the Telemovie | Siti Payung | VCD |
2003 | Apa Nak Dikata? | Saiful / Rahmat | |
2004 | Lubuk Puaka | Saad | |
2012 | Lemang Sebatang | Astro Prima | |
2014 | Ini Harta Haji Nana Yang Punya | Pak Nana | TV3 |
2016 | Misi Arjuna | En. Malik | |
2017 | Si Kijang Merah | Coach | |
Ada Apa Dengan Ramadan | Astro Ria | ||
Namaku Bedah | Dr. Asri | TV9 | |
2023 | Pinang Durian | Maidin | Tonton |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1996 | Senario | Pelbagai watak | TV3 | Drama pertama, sitkom |
2000 | Cak Cak Aidilfitri | Astro Ria | Episod: "Menantu Raya"[8] | |
Pi Mai Pi Mai Tang Tu | TV3 | Episod: "Ane" | ||
2013 | Bujang 40 | Bujang | Astro Warna | |
2016 | Awak Sangat Nakal | Pak Mat | Astro Ria | |
2017 | Dia | Pak Hashim | TV3 | |
2018 | Klik! Pengantin Musim Salju | Astro Ria | ||
Cinta Koko Coklat | Pak Yusof | ntv7 | ||
2020 | You Kat...? | Maidin | Awesome TV | |
2021 | Rindu Awak Separuh Nyawa | Kader Salem | Astro Ria | |
2022 | Republic Gombak | Din Serai | TV3 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1999 | Sinaran Pasport Kegemilangan | Pengacara | TV3 | bersama Ani Maiyuni |
2001 | Cabaran Teh Tarik F&N | TV1 | ||
2008–2009 | Warung Kita | Astro Prima | bersama Azrul Zaidi[9] | |
2012 | MasterChef Selebriti Malaysia (Musim 1) | Peserta | Astro Ria | Tersingkir Minggu 7, Diterima 5 Teratas, Tersingkir Separuh Akhir |
2013 | Primadona | Artis undangan | Astro Prima | |
Betul ke Bohong? (Musim 3) | Artis Jemputan | Astro Warna | Episod 3&13 (Akhir) | |
Lawak Minggu Ini | Artis undangan | |||
Redah Kasi Pecah Extravaganza | Peserta | Astro Warna | ||
Liga Lawak Superstar | Peserta | TV3 | Kumpulan Spy Kampung bersama Zalif Sidek dan Syafiq Kyle[10] | |
Konsert Jubli Emas 50 Tahun TV Malaysia | TV1 | |||
2014 | Ikon Siarawan | Artis undangan | TV2 | |
Redah Kasi Pecah Extravaganza 2014 | Peserta | Astro Warna | ||
Cu-bits Hari Raya | Artis undangan | TV3 | Artis undangan bersama dengan Adibah Noor | |
2018 | Teka Tekan | Pengacara | Hypp Sensasi | bersama Acong Sweetchild, Anas Ridzuan dan Shuib Sepahtu[11] |
Diskografi
Album studio
- Kupintal Sarung Bantal (1999)
Single
- Selamat Hari Raya (1996) (duet bersama Artis Ambang Klasik)
- Sekadar Menghargai (1996)
Rujukan
- ^ "Actor Farouk Hussain is back after quitting showbiz 6 years ago". star2. 25 Februari 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-17. Dicapai pada 2019-01-16.
- ^ "Farouk Hussain berlakon untuk jumpa kawan lama". Utusan Melayu. 3 Februari 2018.
- ^ "'Buang masa fokus lakonan'". Harian Metro. 20 Januari 2018.
- ^ "Bengang Soal Bayaran, Farouk Hussain Serik Berlakon". mStar. 18 Mei 2015.
- ^ "Farouk Hussain Tidak Takut Untuk Bersaing". mStar. 25 Ogos 2012.
- ^ "Farouk jadi penyanyi". Utusan Melayu. 24 Jun 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-16. Dicapai pada 2019-01-16.
- ^ "Gagal tidak bermakna hilang pengaruh". Utusan Melayu. 13 Jun 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-16. Dicapai pada 2019-01-16.
- ^ "Cak Cak Aidilfitri di Astro Ria". Utusan Melayu. 18 Disember 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-17. Dicapai pada 2019-01-16.
- ^ "Farouk tidak makan nasi tujuh tahun". Utusan Melayu. 12 Mei 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-16. Dicapai pada 2019-01-16.
- ^ "Sudah rezeki". Karangkraf. 22 Oktober 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-16. Dicapai pada 2019-01-16.
- ^ "Rezeki tahun baru". Harian Metro. 17 Januari 2018.