Fan Bingbing | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
范冰冰 | |||||||||||||||
![]() Fan di Berlinale pada tahun 2025 | |||||||||||||||
Kelahiran | [1] | 16 September 1981||||||||||||||
Pendidikan | Shanghai Normal University (BFA) | ||||||||||||||
Pekerjaan |
| ||||||||||||||
Tahun aktif | 1996–kini | ||||||||||||||
Ejen | Chung Chieh (1997–1999) Zhejiang Pi Ka Wang Group (1999–2001) | ||||||||||||||
Saudara | Fan Chengcheng (adik) | ||||||||||||||
Nama Bahasa Cina | |||||||||||||||
Bahasa Cina | 范冰冰 | ||||||||||||||
|
Datuk Fan Bingbing (Cina ringkas: 范冰冰, lahir 16 September 1981) ialah seorang pelakon dari China. Selepas meraih pengiktirafan melalui drama kostum My Fair Princess (1998–1999), kejayaan besar beliau hadir menerusi filem pecah panggung arahan Feng Xiaogang, Cell Phone (2003), yang melayakkan beliau memenangi Anugerah Bunga Seratus untuk Pelakon Wanita Terbaik. Beliau kemudian membintangi siri televisyen seperti The Proud Twins (2004), Eight Heroes (2006), dan The Empress of China (2014) di samping bekerjasama dengan pengarah Li Yu dalam filem seni seperti Lost in Beijing (2007), Buddha Mountain (2011), dan Double Xposure (2012). Beliau kembali berganding dengan Feng dalam I Am Not Madame Bovary (2016), yang meraihkannya anugerah Silver Shell untuk Pelakon Wanita Terbaik dan Anugerah Golden Rooster untuk Pelakon Wanita Terbaik. Kredit antarabangsa beliau termasuk filem My Way (2011), X-Men: Days of Future Past (2014), Skiptrace (2016), dan The 355 (2022). Dari 2013 hingga 2017, beliau merupakan selebriti dengan bayaran tertinggi dalam senarai Forbes China Celebrity 100 selepas kekal dalam kedudukan 10 teratas setiap tahun sejak 2006.[2][3][4] Beliau turut tersenarai dalam Time 100 individu paling berpengaruh pada tahun 2017.
Pada 2018, Fan terlibat dalam skandal pengelakan cukai, mengakibatkan liabiliti cukai dan denda sebanyak CN¥883 juta (US$127 juta), serta disenaraihitamkan di Tanah Besar China.[5][6][7][8] Beliau kembali ke bidang lakonan dengan penampilan khas dalam drama Korea Selatan Insider (2022), diikuti dengan peranan utama dalam filem Hong Kong Green Night (2023).[9]
Filemografi
Filem
- Reunion (2001)
- The Lion Roars (2002)
- Fall in Love at First Sight (2002)
- Dragon Laws I: The Undercover (2003)
- Cell Phone (2003)
- The Twins Effect II (2004)
- All Chinesse Tall Story (2005)
- A Battle of Wits (2006)
- Love to Be Found in Newhere (2007)
- The Matrimony (2007)
- Call for Love (2007)
- Sweet Revenge (2007)
- Lost in Beijing (2007)
- Flash Point (2007)
- Contract Lover (2007)
- Crossed Lines (2007)
- Desires of the Heart (2008)
- Home Run (2008)
- Kung Fu Hip-hop (2008)
- Shinjuku Incident (2009)
- Sophie's Revenge (2009)
- Wheat (2009)
- Bodyguards and Assassins (2009)
- Future X-Cops (2010)
- East Wind Rain (2010)
- Shaolin (2011)
- X-Men: Days of Future Past (2014)
Anugerah
Darjah kebesaran Malaysia
Melaka :
Darjah Kebesaran Seri Melaka Pangkat Keempat, Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) – Datuk (2025)[10][11]
Rujukan
- ^ "Fan Bingbing Releases Heartfelt Video on Her Birthday; Brings Fans to Tears". Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2022. Dicapai pada 8 September 2020.
- ^ Flannery, Russell (6 Mei 2014). "Actress Fan Bingbing Repeats At No. 1 On New Forbes China Celebrity List". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2017. Dicapai pada 27 Ogos 2017.
- ^ "Actress Fan Bingbing Repeats For A Third Year Atop New Forbes China Celebrity List". Forbes. 13 Mei 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2017. Dicapai pada 27 Ogos 2017.
- ^ Flannery, Russell (22 September 2017). "Actress Fan Bingbing Tops New Forbes China Celebrity List". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2017. Dicapai pada 23 September 2017.
- ^ "'The Big Error Was That She Was Caught': The Untold Story Behind the Mysterious Disappearance of Fan Bingbing, the World's Biggest Movie Star". Vanity Fair. 26 Mac 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2022. Dicapai pada 30 Januari 2022.
- ^ "Chinese actress Fan Bingbing tells fans she is 'ashamed, guilty' as she gets US$129 million tax bill". South China Morning Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Disember 2018. Dicapai pada 20 November 2018.
- ^ "Chinese actress Fan Bingbing released from secret detention, told to pay US$130 million for tax offences - Asean Plus". The Star. 3 October 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2018. Dicapai pada 20 November 2018.
- ^ "Fan Bingbing: Missing Chinese actress fined for tax fraud". BBC. 3 October 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2018. Dicapai pada 3 Oktober 2018.
- ^ "Green Night". www.berlinale.de (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-10.
- ^ Bernama (24 Ogos 2025). "Chief Justice leads Melaka Governor's birthday honours list" (dalam bahasa Inggeris). theSun. Dicapai pada 24 Ogos 2025.
- ^ Amir Mamat (24 Ogos 2025). "Ketua Hakim Negara ketuai senarai penerima darjah kebesaran Melaka". Berita Harian. Dicapai pada 24 Ogos 2025.