Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | FFG(X) |
Pengguna: |
![]() |
Didahului oleh: | kelas Freedom, kelas Independence |
Dirancang: | 20 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Frigat peluru berpandu |
Bot & lancang yang dibawa: | Rigid-Hull Inflatable Boat |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: |
|
Kelas-Constellation adalah sebuah kelas frigat peluru berpandu misi pelbagai yang dibangunkan untuk Tentera Laut Amerika Syarikat sebagai satu lanjutan bagi program kapal tempur pesisir modular.[2] Pada 10 Julai 2017, pihak Tentera Laut A.S. telah mengumumkan projek frigat FFG(X) dalam "Permohonan Untuk Maklumat" yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.[1][3]
Tentera Laut A.S. telah meilih lima buah syarikat pembina kapal untuk mengubah rekabentuk kapal mereka kepada sebuah rekabentuk prospektif bagi 20 buah frigat peluru berpandu FFG(X).[4] Pada 30 April 2020, pengumuman dibuat bahawa Fincantieri Marinette Marine telah memenangi kontrak berdasarkan rekabentuk frigat pelbagai peranan FREMM. Projek ini kemudian dinamakan semula sebagai program FFG-62 selepas kapal pertama diberi nama.[5]
Pembangunan
Tentera Laut A.S berniat untuk menganugerahkan kontrak untuk membina kapal FFG(X) pertama pada tahun 2020. Mereka akan membeli sebuah kapal pada tahun 2020 dan sebuah lagi pada tahun 2021, diikuti dengan dua buah kapal pada setiap tahun pada tahun-tahun selepasnya untuk sejumlah 20 buah kapal[1].
Kapal-kapal dalam kelas
Nama | Nombor badan | Pembina | Dibaringkan | Dilancarkan | Ditauliahkan | Pelabuhan asal[6] | Status |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Constellation | FFG-62 | Fincantieri Marinette Marine | 12 April 2024 | NS Everett, WA | Dalam pembinaan[7] | ||
Congress | FFG-63 | NS Everett, WA | Dianugerahkan[8][9][10] | ||||
Chesapeake | FFG-64 | NS Everett, WA | Dianugerahkan[11][12] | ||||
Lafayette | FFG-65 | NS Everett, WA | Dianugerahkan[13][14] | ||||
Hamilton | FFG-66 | NS Everett, WA | Dianugerahkan[15] | ||||
Galvez | FFG-67 | NS Everett, WA | Dianugerahkan[15][16] |
In June 2021, the Navy announced that Naval Station Everett in Washington would be the future home of the first 12 ships of the class.[6]
Pada Jun 2021, pihak tentera laut telah mengumumkan bahawa Stesen Tentera Laut Everett di Washington akan menjadi tuan rumah masa depan bagi 12 buah kapal pertama dari kelas ini.[6]
Penamaan
Pada 8 April 2020, empat nama telah dicadangkan oleh pemangku Setiausaha Tentera Laut yang akan keluar, Thomas Modly. Beliau menyatakan keinginan untuk empat buah kapal pertama dinamakan sebagai Agility dengan kelas dinamakan sebagai kelas-Agility. Nama-nama lain yang dicadangkan adalah Intrepid, Endeavor, dan Dauntless. Bagaimanapun, para pemimpin Tentera Laut berkata nama-nama yang dicadangkan oleh Modly tidak akan diterima pakai.[17] Pada Julai 2020, laporan oleh The Drive bahawa kapal pertama akan dinamakan USS Brooke (FFG-80).[18] Kemudian, Tentera Laut A.S. menjelaskan melalui Twitter bahawa laporan berkenaan pengunaan semula nama USS Brooke untuk sebuah kapal perang baharu adalah satu kesilapan.[19]
Pada 7 Oktober 2020, Setiausaha Tentera Laut Kenneth Braithwaite mengumumkan frigat FFG(X) pertama akan dinamakan sebagai USS Constellation (FFG-62).[20] Pada 2 Disember 2020, Setiausaha Braithwaite memngumumkan bahawa kapal kedua dinamakan sebagai USS Congress (FFG-63).[8][21] Pada 15 Januari 2021, Setiausaha Braithwaite mengumumkan bahawa kapal ketiga akan dinamakan sebagai USS Chesapeake (FFG-64).[11] Kesemua tiga buah kapal dinamakan bersempena dengan tiga buah daripada enam buah frigat asal dalam Tentera Laut A.S.[11]
Konvensyen penamaan kapal Amerika Syarikat dari segi sejarahnya telah menamakan frigat bersempena dengan nama wira atau pemimpin Tentera Laut A.S dan Kor Marin A.S. Satu laporan kepada Kongress pada 4 Februari 2021 menasihatkan bahawa Tentera Laut A.S. tidak menyatakan sama ada skim penamaan ini akan mengubah peraturan mereka dalam penamaan kapal-kapal.[22]
Rujukan
- ^ a b c Larter, David B. (10 July 2017). "Frigate competition wide open: Navy specs reveal major design shift". Defense News. Sightline Media Group. Dicapai pada 19 January 2018.
- ^ O'Rourke, Ronald (8 December 2017). "Navy Frigate (FFG[X]) Program: Background and Issues for Congress" (PDF). Congressional Research Service. Dicapai pada 17 February 2018.
- ^ Eckstein, Megan (10 July 2017). "Navy Releases Details of New FFG(X) Guided-Missile Frigate Program in Request to Industry". USNI News. U.S. Naval Institute. Dicapai pada 17 February 2018.
- ^ LaGrone, Sam; Eckstein, Megan (16 February 2018). "Navy Picks Five Contenders for Next Generation Frigate FFG(X) Program". USNI News. U.S. Naval Institute. Dicapai pada 17 February 2018.
- ^ "Report to Congress on Constellation-class Frigate Program (FFG-62)". USNI News (dalam bahasa Inggeris). 2021-08-31. Dicapai pada 2021-09-05.
- ^ a b c Correll, Diana (3 June 2021). "Naval Station Everett selected as homeport for Constellation-class frigates". Navy Times. Sightline Media Group. Dicapai pada 9 November 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Correll" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b "SECNAV Names Future Guided Missile Frigate USS Congress" (Siaran akhbar). United States Navy. 4 December 2020. Dicapai pada 16 January 2021.
- ^ Harkins, Gina (3 December 2020). "The Navy is Naming its Next New Frigate USS Congress". Military.com. Dicapai pada 16 January 2021.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaUSS_Congr_award
- ^ a b c "SECNAV Names Future Vessels while aboard Historic Navy Ship" (Siaran akhbar). United States Navy. 15 January 2021. Dicapai pada 16 January 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama ":3" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:4
- ^ Bahtić, Fatima (19 May 2023). "Fincantieri to construct 4th Constellation-class frigate for US Navy". Naval Today. Dicapai pada 22 May 2023.
- ^ "SECNAV Names Future Constellation-Class Guided-Missile Frigate Lafayette" (Siaran akhbar). United States Navy. 29 June 2023. Dicapai pada 29 June 2023.
- ^ a b Shelbourne, Mallory (2024-05-23). "Navy Awards $1B Contract for 5th, 6th Constellation-class Frigates". USNI News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-05-24.
- ^ "SECNAV Names Future Guided Missile Frigate USS Galvez (FFG 67)". United States Navy. 21 June 2024. Dicapai pada 21 June 2024.
- ^ Werner, Ben (8 April 2020). "Navy Leaders Sink Ship Names Proposed in SECNAV Modly's Last Days". USNI News. Dicapai pada 17 July 2020.
- ^ Trevithick, Joseph (17 July 2020). "Pentagon Notice Says The First Of The Navy's New Frigates Will Be Named USS Brooke". The Drive. Dicapai pada 17 July 2020.
- ^ "No, the US Navy will not name first of new class of frigates USS Brooke". Defense Brief. 18 July 2020. Dicapai pada 7 October 2020.
- ^ Eckstein, Megan (7 October 2020). "SECNAV Braithwaite Names First FFG(X) USS Constellation". USNI News. U.S. Naval Institute. Dicapai pada 7 October 2020.
- ^ Ziezulewicz, Geoff. "Navy bringing back U.S. Atlantic Fleet". Navy Times. Sightline Media Group. Dicapai pada 2 December 2020.
- ^ "Navy Ship Names: Background for Congress" (PDF). fas.org.
Pautan luar
- RFI Solicitation Number: N0002418R2300 - 2017-07-10; response by 24 August 2017
- Navy Releases Details of New FFG(X) Guided-Missile Frigate Program in Request to Industry, Megan Eckstein, US Naval Institute News, 2017-07-10</ref>